www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tuesday, December 22, 2009

Ar-Rubai mendoakan kebaikan anaknya

AR-RUBAI binti An-Nadhr ialah seorang wanita yang baik. Beliau mempunyai adik-beradik iaitu Anas dan Ummu Hakim. Dia juga mempunyai seorang bapa saudara yang bernama Anas bin Malik. Beliau adalah pembantu kepada Nabi Muhammad.

Ar-Rubai merupakan wanita yang awal memeluk agama Islam. Ar-Rubai berkahwin dengan Suraqah bin al-Haris an-Najjari. Hasil perkahwinan mereka lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Harisah.

Ar-Rubai atau dikenali dengan panggilan Ummu Harisah adalah seorang ibu yang pandai mendidik anaknya. Ar-Rubai selalu mendoakan agar anak lelakinya itu menjadi seorang pahlawan Islam yang handal.

"Harisah, sekarang awak sudah besar. Ibu mahu awak ikut Nabi Muhammad dalam siri peperangan," kata Ummu Harisah.

"Ibu, saya belum biasa memegang pedang. Apatah lagi menunggang kuda atau memanah," balas Harisah pula.

"Itu tidak menjadi masalah. Nabi Muhammad boleh menolong awak. Ibu percaya Nabi Muhammad boleh menyelesaikan masalah awak ini," kata Ummu Harisah.

"Baik ibu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh teknik dan cara peperangan yang betul," jelas Harisah dengan bersemangat.

Harisah seorang anak yang baik dan taat kepada ibunya. Berkat nasihat dan doa dari ibunya, Harisah akhirnya menjadi seorang pemuda yang gagah berani.

Anaknya itu tidak gentar menghadapi musuh. Bahkan anaknya sering mengharapkan agar dirinya mati syahid di medan perang.

Pada suatu hari Nabi Muhammad berjumpa dengan Harisah lalu bertanya, "apa khabar awak sekarang?"
Lalu Harisah menjawab, "Saya sihat dan sejahtera. Saya kini sudah benar-benar merasakan betapa agungnya nikmat yang Allah berikan kepada saya. Hidup dan mati saya hanya kerana Allah," kata Harisah.
Nabi Muhammad pun berkata lagi, "hati awak kini sudah dipenuhi dengan keimanan kepada Allah".

Harisah bertambah semangat mendengar kata-kata Nabi Muhammad lalu dia menyambung lagi, "wahai Nabi Muhammad tolong doakan semoga saya berjaya mengalahkan musuh di medan perang. Sekiranya saya gugur di medan perang, doakan saya gugur sebagai seorang pahlawan Islam yang syahid".

Nabi Muhammad pun mendoakan semoga Harisah menjadi seorang yang syahid dalam peperangan melawan musuh Islam. Tiba masanya tentera Islam menghadapi musuh di Perang Badar pada tahun 2 Hijrah. Ummu Harisah tidak mahu anaknya melepaskan peluang keemasan itu.

Tenang

"Wahai Harisah, pergilah ikut Nabi Muhammad dan tentera Islam yang lain ke medan perang Badar. Berjuang sehabis-habisan demi menegakkan agama Islam," kata Ummu Harisah kepada anaknya.

"Doakan semoga tentera Islam berjaya di medan perang Badar," kata Harisah sambil berjabat tangan lalu mencium tangan ibunya.

Harisah pun berangkat bersama angkatan tentera Islam ke medan Perang Badar. Perang Badar berlaku kerana umat Islam ingin mempertahankan keselamatan orang Islam. Pihak Quraisy Mekah tidak serik menindas dan mengancam orang Islam Makkah pada masa itu.

Berkat doa Nabi Muhammad akhirnya Harisah mati syahid di medan Perang. Berita kematian anaknya sampai kepadanya. Ummu Harisah menerima berita itu dengan tenang. Dia berdoa semoga anaknya dimasukkan ke syurga.

Ummu Harisah terus berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu berkata, "wahai tuan, bagaimana keadaan Harisah. Sekiranya dia kini berada di syurga alangkah gembiranya saya. Tetapi jika sebaliknya saya amat sedih mendengar kematiannya".
Nabi Muhammad tersenyum lebar lalu berkata, "wahai Ummu Harisah, anak awak kini sedang berseronok di syurga Firdaus".

Alangkah gembiranya Ummu Harisah apabila Nabi Muhammad membawa berita itu.
"Alhamdulillah. Cita-cita Harisah untuk mati syahid akhirnya tercapai. Harisah kini bahagia di syurga yang paling tinggi," kata Ummu Harisah sendirian.

Ummu Harisah tidak ketinggalan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Anak saudaranya yang bernama Anas bin Malik juga turut melaporkan hadis darinya.
Sepanjang hidupnya Ummu Harisah banyak menghabiskan masanya dengan melakukan amal ibadah kepada Allah.

Sumber

Wednesday, December 9, 2009

Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah



NAMA sebenar Ummu Khalid ialah Amah binti Khalid. Bapanya bernama Khalid bin Said al-Ash merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad. Ibunya bernama Umaimah binti Khalaf al-Khuzaiyah. Dia mempunyai saudara kandung bernama Said bin Khalid.

Ummu Khalid berkahwin dengan seorang lelaki bernama Az-Zubair bin al-Awwam. Hasil perkahwinan itu mereka telah mendapat dua orang anak iaitu Amru dan Khalid.
Ummu Khalid telah melaporkan sebanyak tujuh buah hadis dari Nabi Muhammad. Dia juga fasih berbahasa Habsyah kerana dia lahir dan tinggal bertahun-tahun di Habsyah.


Terjadi satu peristiwa ke atas Ummu Khalid iaitu semasa dia dan golongan Muhajirin berhijrah dari Habsyah ke Madinah. "Segala kelengkapan dan persiapan ke Madinah sudah disiapkan," kata seorang lelaki Muhajirin yang akan berangkat ke Madinah.
Orang Islam yang tinggal di Habsyah sudah tidak sabar-sabar untuk berhijrah ke Madinah. Mereka berangkat meninggalkan kota Habsyah dengan menggunakan kapal. Sebanyak dua buah kapal digunakan menuju ke Madinah.


"Terima kasih tuanku kerana selama patik di Habsyah ini, tuanku telah memberikan layanan yang baik kepada patik dan orang Islam yang lain," kata seorang wakil Islam Muhajirin.
"Sama-sama. Beta juga berterima kasih kepada kamu semua. Beta sudah banyak mempelajari ilmu agama Islam selama kamu semua berada di negeri beta ini," titah Raja Najasyi.
"Hari ini patik dan rombongan orang Islam yang lain akan meninggalkan Habsyah. Banyak kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan selama kami berada di sini," kata wakil itu lagi.
Raja Najasyi dan orang Islam Muhajirin bersalaman. Mereka masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.


"Sebelum beta terlupa, tolong sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz Assalamualaikum," titah Raja Najasyi lagi.
Pada masa itu Ummu Khalid turut mendengar titah Raja Najasyi lalu dia menjawab, "Insya Allah, patik akan sampaikan salam tuanku kepada Nabi Muhammad nanti."
Kemudian, Raja Najasyi melambaikan tangan sambil bertitah lagi, "Apabila ada masa nanti jemput datang ke Habsyah lagi. Beta sentiasa menerima kedatangan kamu semua."
"Selamat tinggal tuanku," kata para Muhajirin yang sedang berada di atas kapal mereka.
"Ya, selamat tinggal. Sampai berjumpa lagi," titah Raja Najasyi.


Lalu berlayar kapal orang Islam Muhajirin sehingga sampai ke satu tempat. Tempat itu bernama Khaibar. Mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad di Khaibar pada tahun 7 Hijrah.
Sampai sahaja di hadapan Nabi Muhammad, Ummu Khalid pun berkata, "Raja Najasyi ada menyampaikan salam buat tuan dengan lafaz Assalamualaikum.
Waalaikum salam, jawab Nabi Muhammad.


Tentera Islam baru sahaja menghadapi musuh di medan perang Khaibar. Berita kejayaan tentera Islam di Khaibar disambut baik oleh orang Islam. Orang Islam Muhajirin turut mendapat sebahagian dari harta rampasan perang. Selepas itu mereka pulang ke Madinah bersama-sama dengan Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad sangat menghormati Ummu Khalid. Pada suatu hari, Nabi Muhammad ingin memberikan hadiah kepada Ummu Khalid. Ummu Khalid telah dipanggil oleh Nabi Muhammad untuk berjumpanya.


"Hadiah ini untuk awak," kata Nabi Muhammad kepada Ummu Khalid.
"Terima kasih kerana memberikan hadiah yang sangat berharga buat saya," jawab Ummu Khalid. Hadiah itu berupa sejenis kain.
"Awak gunalah kain ini sehingga usang dan wariskan kepada orang lain," kata Nabi Muhammad lagi.


Nabi Muhammad berkata lagi, "Semoga awak dipanjangkan umur."
Ummu Khalid sangat gembira lalu memegang erat hadiah yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Berkat doa Nabi Muhammad, Allah telah mengurniakan umur yang panjang kepada Ummu Khalid. Dia dapat hidup sehingga tahun 90 Hijrah. Sepanjang hayatnya dia banyak melakukan amalan-amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad dalam kehidupan sehariannya.


Sumber

Thursday, November 26, 2009

Fatimah kuat menghafal



NAMA penuhnya Fatimah binti Qais. Dia mempunyai adik-beradik yang bernama Adh-Dhahhak, Hazmah dan Khairah. Fatimah telah berkahwin dengan Abu Hafsh Amru bin Hafsh bin Mughirah al Makhzumi.

Fatimah adalah seorang pelapor hadis. Dia mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia seorang yang cerdik pandai. Dia telah melaporkan sebanyak 34 hadis daripada Nabi Muhammad.

Fatimah menjadi rebutan lelaki yang meminatinya. Selepas dia berpisah dengan suaminya, dia dilamar oleh dua orang lelaki. Sebelum dia dilamar, Nabi Muhammad telah menyuruhnya tinggal di rumah Ummu Syarik.

"Wahai Nabi Muhammad ada dua orang lelaki ingin melamar saya," kata Fatimah kepada Nabi Muhammad.

"Siapakah lelaki itu?" tanya Nabi Muhammad.

"Mereka ialah Muawiyah bin Abu Sufyan dan Abu Jahm," jawab Fatimah.

Selepas mendengar penjelasan Fatimah, Nabi Muhammad memberikan cadangannya. Nabi Muhammad berkata, "Saya cadangkan awak berkahwin dengan Usamah bin Zaid".

Fatimah agak terkejut mendengar nama Usamah lalu dia berkata, "Maafkan saya tuan. Saya tidak suka kepada Usamah bin Zaid".

Nabi Muhammad terus menasihatinya supaya memilih Usamah sebagai calon suami. Akhirnya Fatimah bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Nabi Muhammad itu.

Perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Mereka hidup aman dan bahagia. Hasil perkahwinan itu, mereka dianugerahkan dengan tiga orang anak iaitu Zaid, Jabir dan Aisyah.

Fatimah meneruskan kehidupannya sebagai isteri kepada seorang pahlawan Islam. Dia juga pandai menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Nabi Muhammad. Dia banyak mempelajari ilmu agama Islam dari Nabi Muhammad.

Malah dia menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai satu contoh teladan baginya meneruskan kehidupan.

Semasa Nabi Muhammad jatuh sakit, Usamah telah ditugaskan menjadi ketua angkatan tentera Islam menentang musuh di Ghassan. Ghassan adalah sebuah daerah jajahan Rom Timur.

Melihat keadaan Nabi Muhammad yang semakin tenat, Fatimah menulis sepucuk surat kepada suaminya yang sedang bergerak ke medan perang. Pada masa itu pasukan tentera Islam baru sampai ke satu tempat yang bernama al-Jurf.

Terkejut

"Mengapakah Fatimah mengirimkan surat ini kepada saya?" bisik Usamah sendirian.

Tanpa berlengah, Usamah membuka surat itu lalu membacanya. Usamah agak terkejut mendengar berita bahawa Nabi Muhammad sedang sakit tenat. Usamah ingin berjumpa dan melihat keadaan Nabi Muhammad. Dia tidak mahu terlepas melihat Nabi Muhammad buat kali terakhir.

Tidak berapa lama kemudian sampai satu berita yang mengejutkan bagi semua tentera Islam itu.

"Nabi Muhammad sudah wafat," kata seorang lelaki yang diutuskan menyampaikan berita itu.

Berita kematian Nabi Muhammad menyedihkan seluruh umat Islam. Angkatan tentera Islam ke Ghassan berada di dalam dilema. Mereka sendiri tidak tahu sama ada mahu membatalkan serangan ke Ghassan.

Selepas Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah pertama. Abu Bakar tetap bertegas supaya angkatan tentera Usamah diteruskan walaupun mendapat pelbagai tentangan daripada para sahabat.

Selepas angkatan tentera Usamah berperang selama 40 hari, akhirnya mereka berjaya membawa kemenangan kepada Islam.

Fatimah memang terkenal sebagai seorang wanita yang berilmu tinggi. Dia juga kuat menghafal. Sejarah Islam menyatakan bahawa Fatimah adalah seorang wanita yang mampu mengingati setiap bait-bait kata yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Hadis tentang Dajal dan tanda-tanda kemunculan Dajal yang disampaikan oleh Nabi Muhammad berjaya diingati oleh Fatimah dengan baik.

Fatimah memberi sokongan kuat kepada agama Islam. Dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat mesyuarat Majlis Syura selepas Umar al-Khattab mati terbunuh.

Jasa baik yang diberikan oleh Fatimah kepada Islam amat banyak. Sejarah Islam mencatatkan bahawa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 50 Hijrah.

Sumber

Saturday, November 21, 2009

Islam bagaimanakah yang lebih utama?




Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW. Katanya: "Islam yang bagaimanakah yang lebih utama?"


Jawab Nabi SAW: "Memberi makan(orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal."


(HR Bukhari)

Hadiah buat anak soleh


NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.

Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.

Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.

Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

"Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini," kata Nabi Sulaiman.

Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.

"Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?" tanya Nabi Sulaiman.

"Aku seorang manusia biasa," jawab pemuda itu.

"Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?" tanya Nabi Sulaiman.

"Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku," jawab pemuda itu.

Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.

Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.

Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.

Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.

Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.

Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.

Sumber

Wednesday, November 18, 2009

Erti berkemampuan dalam haji





Jemaah haji dari pelbagai negara menunggu pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Jedda

IBADAT haji merupakan Rukun Islam kelima; menunaikan haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan. Ulama salaf telah banyak membincangkan orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah terutamanya syarat berkemampuan yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:

1. Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.

2. Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.

3. Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya

4. Merdeka - hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.

5. Berkuasa/Kemampuan

- berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka. (ali-'Imran: 97)

Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri:

i. Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir;

ii. Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya;

iii. Ada kenderaan pergi dan balik;

iv. Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada merbahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,

v. Sihat tubuh badan; dan

vi. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Anas R.A. katanya: Rasulullah SAW ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan sabil"? Rasulullah SAW menjawab: "Bekalan dan perjalanan". (eiwayat Daruqutni)

b. Berkuasa dengan bantuan orang lain:

i. Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.

Kesimpulan

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan umat manusia dengan kemampuan yang berbeza-beza. Justeru itu zimmah atau beban tuntutan mengerjakan ibadat haji adalah berbeza atas seorang Muslim dengan Muslim yang lain.

Bagaimanapun, usaha dan keazaman untuk mengerjakan ibadat haji ini perlu ada pada setiap orang Islam di Malaysia. Mulakan langkah pertama dengan membuka akaun di Lembaga Tabung Haji.

Sumber

Hindun pujuk suami peluk Islam



HINDUN binti Amru berasal daripada Bani Salamah. Dia adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Amru. Hindun mempunyai sifat berani, berilmu, tabah, dan sabar.

Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Amru bin al-Jamuh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muaz, Muawiz, Khallad dan Abdurrahman.

Hindun adalah antara wanita yang masuk Islam ketika Mushab berdakwah di Madinah. Mushab dihantar oleh Nabi Muhammad bagi mengajak orang Madinah memeluk Islam.

Kedatangan Mushab ke Madinah disambut baik oleh penduduk Madinah. Hampir seluruh keluarga Hindun turut memeluk Islam kecuali suaminya. Suaminya tidak suka ahli keluarganya memeluk Islam. Bagi suaminya kedatangan Mushab ke Madinah adalah salah dan mengacau-bilau agama nenek moyang mereka.

Bagi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak memeluk agama Islam, Amru telah menasihati mereka.

Amru berkata kepada Hindun, "Saya dapat tahu Mushab sudah mula menyebarkan agama Islam kepada penduduk Madinah".

"Saya tidak mahu awak dan anak-anak terpengaruh dengan kata-kata Mushab," sambung Amru lagi.

Agama yang baik dan benar

Hindun diam mendengar penjelasan suaminya. Kemudian Hindun berkata, "Awak sepatutnya mendengar dahulu ajaran Islam yang disampaikan oleh Mushab".

Amru pun berkata, "Tidak ada faedahnya saya mendengar ajaran Islam yang disampaikan oleh Myshab. Sudah terbukti agama nenek moyang kita lebih baik daripada agama Islam".

Amru menyentuh patung berhala yang diberi nama Manat yang terdapat di rumahnya. Patung berhala itu diperbuat daripada kayu. Hindun cuba memujuk suaminya supaya menerima ajaran Islam.

Hindun berkata, "Agama Islam adalah agama yang baik dan benar. Cuba awak dengar dahulu penjelasan dari anak awak. Anak kita sudah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Mushab".

"Rupa-rupanya dalam diam anak kita sudah memeluk agama Islam. Anak tidak kenang budi!" kata Amru dengan nada tinggi.

"Dia mencari kebenaran dan petunjuk hidupnya," kata Hindun.

Setelah puas dipujuk oleh Hindun akhirnya Amru dengan rela hati mendengar keindahan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh anaknya. Berkat doa Hindun pintu hati suaminya terbuka dan menerima agama Islam.

Selepas Amru memeluk Islam bermakna seluruh keluarganya sudah memeluk agama Islam. Hindun adalah isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Semasa Perang Uhud, suaminya yang berkaki pincang itu bersemangat ingin mengikuti Nabi Muhammad berperang di Bukit Uhud.

Anak-anaknya melarangnya kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Namun Amru bersemangat dan berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Amru berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai tuan, anak-anak saya tidak mengizinkan saya berperang d bukit Uhud. Saya ingin ikut bersama tuan. Saya ingin berjihad di jalan Allah".

Lantas Nabi Muhammad berjumpa dengan anak-anak Amru lalu berkata, "Awak semua tidak berhak melarang ayah awak ikut berperang di bukit Uhud. Semoga Allah memberikan dia syahid dalam perang Uhud ini".

Akhirnya, Amru bin al-Jamuh antara pasukan tentera Islam yang awal terkorban. Selain daripada itu anaknya yang bernama Khallad dan saudara kandungnya iaitu Abdullah bin Amru juga turut terbunuh.

Berita kematian suami, anak dan saudara kandungnya itu diterima dengan hati yang reda dan tenang. Jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Uhud.

Sifat berani Hindun terserlah apabila dia sendiri berjihad di medan perang Khaibar. Dia telah ikut serta bersama angkatan tentera Islam bagi menentang musuh.

Hindun adalah pahlawan wanita yang sanggup bertarung nyawa demi tuhannya Yang Maha Esa. Dia pernah meminta Nabi Muhammad mendoakan dirinya.

Hindun berkata, "Wahai Nabi Muhammad, tolong doakan semoga saya dapat di tempatkan di syurga kelak".

Sepanjang hidupnya Hindun sering melakukan amal ibadah dengan ikhlas kepada Allah.


Sumber

Tuesday, November 17, 2009

Islam lima perkara





Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Dasar(pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara:
  1. Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
  2. Menegakkan Solat.
  3. Membayar zakat
  4. Menunaikan Ibadat haji
  5. Puasa di bulan Ramadhan
(HR Bukhari)

Sunday, November 15, 2009

Wanita yang telah melakukan zina




Dari Imram bin Khushain:

"Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku."

"Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata: "Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku." Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu Umar berkata kepada Rasulullah, "Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?"

Maka Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya itu dibahagi-bahagikan diantara tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?"

(HR Tarmizi dan Ahmad)

Jangan Rampas Hak Insan lain




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang ada ditangannya kepunyaan saudaranya, diperolehnya dengan jalan tidak halal, hendaklah diadakannya penyelesaian, kerana disitu(diakhirat) nanti tidak ada dinar dan dirham(untuk membayar). Jangan sampai nanti diambil kebaikannya untuk diberikan kepada saudaranya. Setelah habis kebaikannya, diambil dosa saudaranya lalu ditimpakan kepada saudaranya."

(HR Bukhari)

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT




Dari Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari."

(HR Muslim)

Ali menantu Rasulullah



ALI bin Abu Talib ialah anak saudara kepada Rasulullah SAW. Ibnu Ishak menceritakan ketika Ali datang menemui Rasulullah, baginda ketika itu sedang bersembahyang bersama isterinya, Siti Khadijah.

Ali sangat kagum melihat segala yang dilakukan oleh baginda dan isterinya. Lalu, Ali pun bertanya kepada Rasulullah apa yang dilakukan oleh baginda itu.

Baginda pun menjawab, itulah agama Allah yang baginda pilih, dan dengan agama itulah Allah mengutuskan semua utusan-Nya. Oleh itu baginda turut menyeru kepada Ali supaya menyembah Allah Yang Esa. Baginda juga turut menyuruh Ali supaya meninggalkan berhala Laata dan Uzza.

Mendengar kata-kata baginda itu Ali meminta izin untuk memberitahu kepada ayahnya, Abu Talib terlebih dahulu.

Namun, baginda melarang Ali memberitahu sesiapa pun kerana baginda tidak mahu perkara itu diketahui oleh orang lain sebelum datangnya perintah untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Semalaman Ali berfikir tentang perkara itu dan ruparupanya Allah telah membukakan pintu hatinya untuk menerima Islam. Maka, keesokan harinya Ali terus pergi menemui baginda dan beliau pun berkata, "Apakah yang engkau mahukan dariku, wahai Muhammad?"

Baginda pun menjawab, "Hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan hendaklah engkau mengkufuri berhala Lata dan Uzza, dan membersihkan dirimu daripada segala macam Tuhan selain Allah".

Ali segera menerima ajakan baginda itu dan memeluk Islam. Selepas itu, beliau tetap mendatangi baginda secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh bapanya. Ali terus menyembunyikan keislamannya dan tidak mengkhabarkan kepada sesiapapun.

Sementara itu dalam medan peperangan, baginda sangat mempercayai Ali. Baginda mengatakan ingin menyerahkan bendera perang kepada seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya serta dicintai Allah dan Rasul-Nya juga.

Maka Ali telah dipilih oleh baginda. Tetapi ketika itu Ali sedang sakit mata. Baginda tetap menyuruh Ali datang kepada baginda dan baginda meludah mata Ali yang sakit itu dan memohon kepada Allah. Dengan tiba-tiba, mata Ali terus sembuh seolah-olah tidak pernah ditimpa sakit atau pedih. Kemudian bendera Islam itu diserahkan kepadanya.

Ketika pihak Quraisy sedang membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah ketika baginda sedang tidur, baginda meminta Ali menyamar sebagai dirinya dengan tidur di tempat perbaringan baginda. Ali menerimanya tanpa bantahan walaupun nyawanya dalam bahaya.

Rasulullah juga telah mengahwinkan anak baginda iaitu Fatimah dengan Ali disebabkan perwatakan dan perangai Ali yang sangat menawan hati baginda.

Ali dan Fatimah dikurniakan empat orang anak iaitu; Hasan, Husain, Zainab dan Ummu Kalthom. Melalui anak Fatimah dan Ali ini, baginda mempunyai keturunan yang banyak di samping berjasa kepada agama Islam.

Ada di antara mereka seperti Hasan dan Husain menjadi penguasa, pemimpin, menjadi imam yang sering beramal dan berjihad di jalan Allah. Begitulah kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah terhadap Ali bin Abu Talib.

Sumber

Wanita lebih utama solat di rumah



SOALAN:
SAYA ada kemusykilan tentang kedudukan wanita dalam solat berjemaah. Adakah hadis sahih yang kata perempuan tidak digalakkan turun surau?

Adakah sirah Nabi atau para sahabat yang mana ada muslimat yang komited untuk berjemaah di surau?

Jawapan:

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).

Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.

Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.

Beberapa Syarat

Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya.

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Sumber

Saturday, November 14, 2009

MANDI HADAS




MANDI HADAS

  • iaitu dengan meratakan air ke seluruh tubuh. Ketika mandi sehabis haid atau nifas, bekas-bekas darah harus dibersihkan dengan bahan yang mengalahkan bau darah.
Rukun-rukun mandi
  • rukun mandi ada 2 iaitu:
  1. Niat
  2. meratakan air yang bersih ke seluruh badan dan rambut.
Dari Ummu Salamah r.a ia berkata: "Saya bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya ini perempuan yang mengikat rambut kepalaku, harusnya saya membukanya/menghuraikan ketika hendak mandi janabat?
Jawab Rasulullah: "Tidak usah, tetapi cukuplah kamu menyiram kepalamu tiga kali siraman, kemudian siramlah air banyak-banyak ke atas tubuhmu, maka engkau pun menjadi suci."

(HR Jamaah selain Bukhari)

Dan dari Ubaid bin Umar r.a ia katakan: Aisyah mendengar bahawa Ubaidillah bin 'Amr menyuruh kaum wanita membuka ikatan/sanggulan rambut kepala mereka, maka kata beliau: "Aneh benar Ibnu 'Amr itu, dia suruh orang-orang wanita kalau mandi supaya membuka ikatan/sanggulan rambut kepala mereka, atau (jangan-jangan) dia suruh mereka mencukur kepala mereka. Saya sendiri benar-benar pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu bejana, dan tidak lebih saya siramkan tiga kali siraman ke atas kepalaku."

(HR Ahmad dan Muslim)

"Dan dari 'Urwah, dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya ketika dia sedang haid: "Bukalah ikatan rambutmu lalu mandilah."

(HR enam perawi selain At-Tirmidzi)

"Dan dari Aisyah r.a bahawa seorang wanita Ansar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya dia mandi dari haid. Maka baginda terangkan kepadanya cara-cara mandi, kemudian sabdanya pula: "Ambillah sepotong kapas yang basah dengan minyak kasturi, lalu bersucilah kamu dengannya." Wanita itu masih bertanya: "Bagaimana caranya saya bersuci dengan itu?"
Sabda Nabi: "Subhanallah, bersucilah kamu dengannya." Maka saya tarik wanita itu kearahku, lalu saya berkata: "Usaplah kapas itu mengikut bekas darah."

(HR Jemaah selain At-Tirmidzi)


  • dari hadis-hadis diatas ternyata membuka ikatan rambut itu tidak diwajibkan ke atas wanita ketika mandi.

Wednesday, November 11, 2009

TAUBAT




Riwayat dari Abu Hurairah, dia berkata:

"Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam satu hari."

(HR Bukhari)

HARI AKHIRAT




Dari Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Kamu nanti akan dikumpulkan (dihari Kiamat) tidak bersepatu(terompah), tidak berpakaian dan tidak berkhitan." Kata Aisyah: Lalu saya bertanya: "Ya Rasulullah! Tentu kaum laki-laki dan perempuan memandang satu sama lain?" Jawab Nabi: "Keadaan diwaktu itu amat sulit, menyebabkan mereka tidak mempedulikan hal yang sedemikian."

(HR Bukhari)

Tuesday, November 10, 2009

MENGENALI TAHARAH




Pengertian Taharah
  • dari segi istilah, tahara bermaksud bersih atau suci.
  • dari segi syarak, taharah bererti sucinya mushalli (orang yang solat), badannya, pakaiannya dan tempat solatnya daripada najis seperti kentut dan sebagainya.
Maka firman-Nya dalam Al-Quran:

"Dan pakaianm bersihkanlah."

(Al-Muddatstir:4)

"Dan jika kamu junub, maka mandilah."
(Al-Maidah:6)

"Allah tidak mahu menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."

(Al-Maidah:6)


Rasulullah SAW pernah bersabda:


"Kebersihan itu sebahagian dari Iman"
(HR Muslim dan Ahmad)

Jenis-jenis Taharah
  1. Bersuci dari hadas, baik dari hadas besar mahupun hadas kecil. Jenis taharah ini adalah khusus yang mengenai tubuh seperti wuduk, mandi dan tayammum.
  2. Bersuci dari najis, baik yang ada pada tubuh, pakaian mahupun tempat, iaitu dengan cara menghilangkan najis tersebut.

TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT




Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a.

"Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."

(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

SYURGA DAN NERAKA




Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila seseorang kamu meninggal dunia, diperlihatkan kepadanya diwaktu pagi dan petang tempat diamnya nanti, iaitu neraka dan syurga. Dan dikatakan kepadanya: "Inilah tempat diam engkau dan nanti engkau akan dikirim ke situ."


(HR Bukhari)

Friday, November 6, 2009

MENGENALI ISTIHADAH



Pengertian Istihadah

  • darah yang keluar dari bahagian bawah rahim yang bukan pada waktu haid dan nifas. Dengan itu tiap darah yang keluar melebihi kadar maksimum masa haid dan nifas atau kurang dari kadar maksimum masa kedua-duanya atau datangnya sebelum seseorang perempuan mencapai umur haid, maka itu adalah darah istihadah.
  • darah istihadah adalah darah yang keluar (dari rahim seseorang perempuan) kerana penyakit, ia bukanlah darah haid kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya yang demikian itu (istihadhah) adalah peluh bukannya haid."
Jenis-jenis darah Istihadah
  • terdapat 6 jenis darah istihadah iaitu:
  1. Darah yang keluar kurang dari ukuran masa haid yang terpendek.
  2. Yang keluar melebihi ukuran masa haid yang terpendek.
  3. Yang kurang dari ukuran masa nifas yang terpendek.
  4. Yang melebihi ukuran masa nifas yang terpanjang.
  5. Yang melebihi kebiasaan haid dan nifas yang lepas-lepas iaitu melebihi kebiasaan keduanya yang terpanjang, jika tidak terjadi demikian maka disebut haid atau nifas
  6. Menurut Ahmad dan para ulama Hanafi, termasuk juga darah yang keluar dari wanita hamil kerana tersumbatnya mulut rahim.
Hukum darah Istihadah
  • Istihadah adalah peristiwa yang tidak menentu kesudahannya. Oleh kerana itu, Istihadah bukan merupakan penghalang bagi solat, puasa dan ibadat-ibadat lain yang boleh dilaksanakan ketika haid dan nifas.
"Dari Aishah r.a. dia berkata: "Fatimah binti Abi Hubaisy pernah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: "Sesungguhnya saya ini menderita istihadah hingga saya tak kunjung bersih, haruskah aku meninggalkan solat?"

Maka sabda Rasulullah SAW kepadanya:

"Jangan! Tinggalkanlah solat(hanya) pada hari-hari (yang biasanya) kau haid sahaja. Kemudian mandilah dan berwuduk tiap kali hendak solat. Kemudian tetaplah solat, sekalipun darah menitis pada tikar."
(HR At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasai)

Menurut Asy-Syaukani, hadis diatas hanya menunjukkan wuduk untuk setiap kali solat, sedangkan mandi hanyalah wajib dilakukan satu kali saja ketika habisnya masa haid, sekalipun darah masih mengalir.

TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT



Dari Abu Sa'id Al-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan tentang seorang rahib. Diapun pergi menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh sebanyak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya?

Rahib itu menjawab, "Tidak ada."

Lalu orang itupun membunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 orang. Kemudian dia bertanya-tanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itupun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan bagi dirinya jika ia bertaubat?

Orang yang berilmu itu menjawab, "Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi antara dirimu dengan taubatmu." Pergilah engkau ke negeri yang jauh letaknya dari sini, kerana disana ada orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu ini adalah tempat yang rosak."

Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalam perjalanan, kematian menghampiri dirinya. Pada waktu itu, malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih pendapat tentang orang tersebut. Malaikat rahmat berkata: "Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya."

Sedangkan malaikat azb berkata: "Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah mengerjakan kebaikan."

Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: "Ukurlah jarak antara dua negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya." Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri yang hendak ditujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut."

(Bukhari dan Muslim)


Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan:

"Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dari negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk negeri yang baik itu."

(Muslim)

Thursday, November 5, 2009

MENGENALI NIFAS



Pengertian Nifas
  • sejenis darah yang keluar melalui faraj seorang wanita selepas ia melahirkan anak.
Masa Nifas
  • masa nifas paling lama ialah 40 hari. Tidak ada ketentuan berapa lamakah masa nifas yang paling singkat. Oleh kerana itu, untuk mengetahui nifas memang tidak diperlukan tanda lain selain melahirkan anak.
  • tidak ada had bagi jangka pendek bagi nifas, ia boleh berlaku dalam jangka yang hanya sedetik. Apabila seseorang wanita melahirkan anaknya dan terus terputus darahnya (nifas), sesudah kelahiran itu, atau ia melahirkan anaknya tanpa darah(nifas), maka dikira sudah habis masa nifasnya dan wajiblah diatasnya apa yang diwajibkan ke atas wanita-wanita yang suci.
  • sebelum itu kita telah menyebut bahawa Fatimah al-zahra r.a. telah melahirkan anaknya diwaktu senja merah, lantas ia mensucikan dirinya daripada nifas lalu ia mandi dan terus menunaikan solat Isyak dalam waktunya. Lantaran itu dikatakan bahawa jangka pendek bagi nifas ialah sedetik.
Kelahiran anak kembar
  • Apabila seorang wanita itu melahirkan anak kembar, maka masa nifasnya dikira dari saat kelahiran bayinya yang kedua. Jika terdapat jarak masa diantara kelahiran pertama dengan kedua, maka masa nifasnya dikira dari saat kelahiran yang pertama, biarpun masa itu adalah sepanjang masa nifas yang panjang.
  • kalaulah diandaikan kelahiran bayinya yang kedua selepas empat puluh hari dari kelahiran yang pertama, maka darah yang keluar sesudah kelahiran kedua dikira sebagai darah penyakit dan rosak, bukanlah darah nifas.
Terhentinya darah selama masa nifas
  • keluarnya darah selama masa nifas, bagi beberapa wanita kadang-kadang tidak lancar. Umpamanya sehari keluar sehari tidak. Pendapat ulama mazhab Syafi' masih menganggap nifas, jika terhentinya hanya 15 hari, yakni menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab ini. Tetapi kalau sesudah melahirkan sama sekali tidak keluar darah dan sesudah itu sampai 15 hari juga tidak keluar darah sama sekali, maka hari-hari itu semuanya dianggap suci. Dengan demikian, seluruh kewajipan yang tertinggal selama itu wajib diqadha. Adapun kalau sesudah itu kemudian keluar darah, maka darah itu darah haid. Jadi dalam kes seperti ini wanita tidak bernifas sama sekali.
Perkara-perkara yang dilarang selama masa nifas
  • semua yang tidak boleh dilakukan selama haid, maka tidak boleh dilakukan selama masa nifas, iaitu solat, puasa, masuk masjid, membaca dan menyentuh Al-Quran, tawaf dan bersetubuh.

Tuesday, November 3, 2009

MEMAKSIMAKAN KESAN MAJLIS USRAH



Berdasarkan pengalaman, biasanya majlis usrah lebih berkesan untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal serta menyeimbang dan mengistiqmahkannya berbanding majlis-majlis pengajaran di masjid-masjid. Tentu saja ia lebih berkesan daripada majlis-majlis yang diadakan sesekali seperti ceramah maulidurrasul, forum perdana, israk mikraj dan lain-lain. Ceramah kadang-kadang memang menaikkan semangat tapi habis ceramah, sebagaimana cepatnya naik sebegitulah cepatnya turun. Lebih baik kuliah bersiri berbanding ceramah. Begitulah kebiasaannya namun ia bergantung juga kepada kecekapan naqib usrah menjayakan majlisnya.

ATURCARA USRAH YANG DISARANKAN

1. MUQADDIMAH

Naqib membuka majlis dengan kata-kata aluan, bacaan al-Fatihah, suntikan motivasi (agar peserta rasa kehadiran mereka sebenarnya menguntungkan) ataupun lain-lain yang dirasakan sesuai. Fadhail amal sangat sesuai sebagai pembuka langkah. Sangat baik jika naqib mengimbas kembali dapatan-dapatan penting dalam usrah sebelum ini sebagai pengukuhan.

2. TILAWAH

Setiap ahli membaca sejumlah ayar al-Quran secara menatapnya sambil disaksikan oleh ahli-ahli lain. Ayat-ayat ini dibaca bersambung-sambung bermula dari surah al-Baqarah dan seterusnya. Selepas semua tamat membaca, perbincangan dibuka, pembetulan dan pemurnian bacaan akan dilakukan bersama-sama terutamanya oleh naqib ataupun ahli yang ada ilmu tajwid.

3. TADABBUR

Naqib ataupun ahli yang tahu akan menyentuh satu dua ayat yang sudah dibaca dalam tilawah tadi dan menghuraikannya ataupun memberi apa-apa refleksi tentangnya.

Perbincangan dibuka.

4. HAFAZAN

Setiap yang ada mempamerkan hafazan mereka sambil disemak oleh yang lain, sama ada ayat-ayat pilihan sendiri ataupun ayat-ayat yang telah ditentukan oleh naqib (ataupun jemaah).

5. TAZKIRAH

Satu ataupun dua orang ahli yang sampai gilirannya akan menyampaikan tazkirah masing-masing sebagai satu latihan.

Perbincangan dibuka.

6. PENGISIAN

Naqib menyampaikan bahan utama usrah sama ada bahan pilihannya sendiri, bahan yang dipersetujui bersama ataupun lebih baik adalah bahan yang ada dalam sukatan/ silibus usrah sebagimana yang ditetapkan oleh jemaah. Contohnya buku-buku tertentu, bahan bercetak susunan jemaah, kitab tafsir seperti Fi Zilalil Quran ataupun bahan-bahan utama lain. Oleh kerana masa berusrah terhad, bahan utama ini boleh diselang-selikan pada setiap minggu.

Perbincangan dibuka.

HAL-HAL LAIN

Naqib mengumumkan info terkini tentang program-program jemaah. Setiap peserta boleh meluahkan apa saja yang berkaitan seperti isu semasa, hal ehwal usrah, perkongsian masalah, perancangan program dan sebagainya.

PENUTUP

Peringatan-peringatan ringkas, tarikh usrah akan datang dan rumusan usrah kali ini oleh naqib. Ditutup dengan Tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

*BONUS

Jamuan ringan jika ada. Sekiranya berusrah di kediaman ataupun bilik, biasanya ‘tuan rumah’ yang menyediakannya. Jamuan tidak termasuk dalam agenda usrah, ia bukan satu kemestian.

Turutan agenda di atas boleh diubah mengikut kesesuaian.

USRAH YANG KURANG BERKESAN

  • Naqib tidak membuat perancangan langsung. Pengisian usrah bergantung kepada apa yang terfikir ketika itu.
  • Ahli usrah ramai. Saya cadangkan seorang naqib mengendalikan 3-5 orang peserta sahaja agar setiap individu berada dalam pemantauan si naqib dan perjalanan usrah terkawal lagi lancar.
  • Usrah dijalankan dalam bentuk pengajian seperti di masjid-masjid. Tok guru bercakap dari awal hingga akhir, peserta lebih banyak mendengar.
  • Penglibatan anak buah minima. Bakat mereka tidak diasah dengan tugasan-tugasan sebagai pengisian usrah. Pandangan mereka diminta hanya pada penghujung majlis usrah dan bukannya untuk setiap agenda.
  • Jangka masanya terlalu singkat ataupun terlalu panjang. Terlalu singkat- bateri peserta tidak cukup dicas. Terlalu panjang- peserta bosan dan tidak memberi tumpuan.
  • ‘Wajibat’ (amalan-amalan yang perlu dilangsaikan) tidak diberi penekanan oleh naqib.

MEMAKSIMAKAN KESAN USRAH

  • Selain naqib, sekurang-kurangnya ada seorang ‘orang lama’ dalam kalangan peserta. Lebih baik jika ‘orang lama’ ini ilmu dan kebolehannyanya lebih kurang ataupun hampir sama dengan ilmu dan kebolehan naqib. Paling tidakpun, dia seorang yang sudah biasa sangat dengan usrah. Orang ini tugasnya sebagai pembantu dan pengukuh kepada naqib serta contoh kepada peserta.
  • Naqib hendaklah memelihara dan meningkatkan kredibiliti diri.
  • Isi usrah yang lalu disentuh sepintas lalu pada permulaan usrah.
Sumber:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=349

MENJADI PENDAKWAH BERKESAN (BHGN 8)




KEJAYAAN DALAM DAKWAH


Dakwah adalah satu perjuangan jarak jauh. Untuk mendapat hasil dalam jangkamasa yang singkat adalah mustahil. Boleh jadi kejayaan besar dalam dakwah kita itu hanya muncul setelah kita tiada lagi di dunia ini. Sebab itu kita mesti faham, tujuan utama dakwah bukanlah untuk melihat hasil tetapi menggerakkan manusia ke arah hasil. Kadang kala kita bertemu dengan orang yang kelihatan kecewa dalam dakwah kerana dia masih belum menikmati hasil. Hal ini berlaku kerana dia tidak faham fitrah dakwah itu.

Berdakwah samalah seperti menulis dan menghantar surat, e-mail ataupun sms. Lagi banayk kita tulis dan hantar, lagi besarlah kemungkinan kita dapat lebih orang. Hantar surat beriklan kepada sepuluh orang, hasilnya mungkin dua orang. Tapi apabila kita hantar kepada seratus orang, hasilnya mungkin 20 orang. Kita kena ingat, bukan semua orang tidak mahu didakwahkan.

Umumnya setiap manusia punyai banyak kenalan- ratusan orang malah ribuan. Takkanlah daripada ratusan orang itu kita tidak mampu dapatkan seorang dua agar mereka berminat dengan dakwah dan akhirnya menjadi pendakwah pula? Masalahnya ialah kita tidak mahu berusaha. Bayangkan, seorang boleh dapat dua orang, kalau seratus orang boleh mengubah sikap mereka hari ini, insyaallah kita akan mendapat dua ratus orang pendakwah baru kemudiannya.

Untuk berjaya dalam dakwah, kita hendaklah selalu mengambil pengajaran daripada kejayaan-kejayaan para pendakwah terdahulu. Jika kita mengambil orang-orang yang gagal dalam dakwah, kita akan kehilangan semangat. Banyakkan bergaul dengan mereka yang bersemangat untuk berdakwah, nescaya bahang semangat mereka meresap kepada diri kita. Kurangkan bergaul dengan mereka yang tidak berminat berdakwah ataupun yang menjalani kehidupan seharian secara santai. Lama-kelamaan sikap malas dan tidak berminat mereka dalam dakwah akan melekat juga pada diri kita. Pilih-pilihlah rakan-rakan rapat kita mulai sekarang.

Ada orang beranggapan dakwah ini susah. Hanya orang-orang yang ‘lengkap’ saja yang yang layak berdakwah. Jadi orang-orang awam tidak perlulah berfikir untuk menjadi pendakwah. Biasanya manusia jenis ini adalah mereka yang belum pernah berdakwah pun. Sila abaikan pandangan-pandangan negatif daripada golongan ini.

Bersambung…

sumber:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=194

PERMASALAHAN BERKAITAN HAID



Larangan bagi orang yang sedang haid.
  • bagi wanita yang sedang haid, dia tidak diperbolehkan melakukan solat, puasa, masuk masjid, membaca dan menyentuh Al-Quran, tawaf keliling kaabah dan melakukan persetubuhan.
Sebab haid.
  • Adapun sebab terjadinya haid adalah kerana fitrah atau pembawaan yang dianugerahkan Allah swt kepada kaum wanita iaitu anak cucu Nabi Adam sebagai cubaan, apakah dengan mereka tetap patuh kepada-Nya hingga berhak mendapat pahala dari-Nya atau tidak. Demikian sebagaimana dapat kita baca dalam sebuah hadis riwayat Aishah r.a. bahawa Rasulullah saw pernah mengatakan tentang haid.
"Sebenarnya ini adalah hal yang telah menjadi ketetapan Allah atas puteri-puteri Nabi Adam."
(Muttafaq 'alaih)


Persetubuhan yang dilakukan setelah berhentinya darah haid.


Syaikh Mahmud Khithab As-Subki mengatakan bahawa menurut kebanyakkan para ulama (Jumhur) persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang.

Kerana Allah swt berfirman:

" Dan janganlah kamu (hai laki-laki) mendekati mereka (kaum wanita) sebelum mereka suci".
(Al-Baqarah:222)

Ayat ini bermaksud sebelum mereka mandi.

Wednesday, October 14, 2009

MENJADI PENDAKWAH BERKESAN (BHGN 7)



Untuk cemerlang dalam bidang dakwah, kita mestilah melazimi 2 perkara berikut seumur hayat:


1. sedia untuk terus ditarbiyah
2. sedia untuk terus mentarbiyah

Jangan sesekali menganggap diri kita serba tahu. Sungguhpun kita memegang jawatan pemimpin, tidak akan hilang bisa kita dengan meminta pandangan dan tunjuk ajar daripada orang bawahan. Tidak akan berkurang aura kita jika bertukar-tukar fikiran dengan pimpinan jemaah lain. Jangan sesekali menganggap “Aku sudha sampai tahap yang tinggi, tak perlu lagi dtarbiyyah. Aku layak mentarbiyah sahaja.”


Berlaku kesilapan dalam menanggapi dakwah. Ada orang berfikir dakwah adalah jalan pintas untuk menjadikannya seorang ulama dan menjadikan dirinya tumpuan orang. Jenis ini biasanya “hangat-hangat tahi ayam”. Apabila angan-angannya tidak tercapai, dia mulai “sejuk”. Sebenarnya tidak ada jalan mudah dan tidak ada masa singkat untuk sampai ke tahap itu. Dakwah adalah satu perjalanan jarak jauh.
Jemaah-jemaah dakwah mempunyai sukatan pelajarannya sendiri sama ada secara langsung ataupun tidak. Kita kena melalui tingkat demi tingkat. Sesiapa yang berkebolehan, dia lebih cepat naik tingkatan.

Kesilapan seterusnya, ada orang menganggap dakwah hanyalah untuk golongan agama. Sesiapa yang tidak pernah mendapat pendidikan khusus agama Islam tidak layak untuk berdakwah. Padahal muallaf yang baru mengucap dua kalimah syahadah pun sudah boleh berdakwah asalkan kena dengan caranya.


Kesilapan seterusnya, menghukum sesuatu jemaah dakwah berdasarkan tindakan beberapa orang ahlinya. Oleh kerana beberapa orang ahli jemaah itu pernah terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik, maka kita hukum jemaah itu tidak baik. Alasan kita, “Tengoklah hasilnya. Kalau jemaah itu betul, tentu hasilnya baik.”
Kalau inilah hujahnya, tak perlulah umat Islam menghantar anak-anak ke sekolah kerana kebanyakan penjenayah hari ini pernah bersekolah belaka. Takkanlah kita nak berhujah, “Tengoklah hasilnya. Kalau sekolah itu betul, tentu hasilnya baik.”

bersambung...

SUMBER:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=126

PERMASALAHAN BERKAITAN HAID



SOALAN:
Adakah suami boleh makan dan minum bersama isteri yang sedang haid?

JAWAPAN:


Ada sebahagian orang yang menyangka bahawa dari maksud firman Allah SWT :


Maksud firman Allah SWT:
Adalah jauhilah (termasuklah jangan ‘makan’ bersama) mereka sewaktu haid.”
(Al-Baqarah: 222)

Rasulullah saw menerangkan bahawa tidak demikian maksud ayatnya (bukan bermaksud tak boleh duduk dekat-dekat). Tetapi apa yang dimaksudkan hanyalah agar jangan melakukan persetubuhan dengan mereka yakni isteri.

Aisyah menceritakan:


Saya minum ketika sedang haid, lalu minuman itu saya berikan kepada Rasulullah saw. Maka ditempelkan mulut baginda kepadaku, baru sesudah itu baginda minum. Dan pernah juga ketika saya sedang haid, saya memakan daging yang masih lekat pada tulang, lalu saya berikan daging itu kepada Rasulullah saw. Maka baginda tempelkan mulutnya pada salah satu tempat dari tubuhku.”
(Hadis riwayat jamaah selain al-Bukhari & At-Tirmizi)

Dan dari Abdullah bin Said, bahawa dia mengatakan: “Pernah aku tanyakan kepada Rasulullah saw tentang makan bersama isteri yang sedang haid, maka jawab baginda: “Makanlah bersamanya.”
(Ahmad, Abu Daud & Tirmizi)