Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:Rasulullah S.A.W. bersabda:“Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram”.
(An-Nasai)

Dari Jabir r.a. beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Shaum (berpuasa) tiga hari setiap bulan menyamai shaum (puasa) setahun, iaitu hari-hari putih, yakni pada hari bulan 13, 14 dan 15 (dalam hitungan qamariah).
(An-Nasai)
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a berkata:Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“ Bahawasanya Allah S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Muslim)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.”
(Bukhari, Muslim dll)