www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Wednesday, May 9, 2007

KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT



Ummu Habibah berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Siapa yang bersembahyang sunat sebelum dan sesudah fardhu Zohor empat rakaat, Allah akan mengharamkan dirinya daripada api neraka.”

(Abu Daud dan at-Tirmizi)

Tuesday, May 8, 2007

LARANGAN MEMINTA-MINTA



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Jika seseorang diantara kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada ia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak kepadanya, tidak akan memberi berkat kepadanya. Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah”.

(Muslim)

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya."

(Muslim)

CEMBURU DALAM PERKARA YANG BAIK



Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.”

( Bukhari & Muslim)

SIFAT MALU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Malu itu sebahagian dari iman,dan iman itu di syurga, sedangkan ucapan kasar sebahagian dari sifat kasar, dan sifat kasar itu di neraka."

(at -Tirmidzi)

Monday, May 7, 2007

KELEBIHAN BERSOLAT MALAM



Dari Bilal berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Biasakanlah bersembahyang malam kerana ia sebagai tradisi orang soleh sebelum kamu, ia mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu daripada dosa, boleh menebus dosa dan menghilang serta menghapus penyakit dari badan".

(at-Tirmizi dan Ahmad)

MENGERJAKAN PERKARA YANG DIREDHAI ALLAH S.W.T.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Tinggalkan apa yang meragukanmu , kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan".

(at-Tirmizi)

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :

Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi, beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :

"Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran".

(Bukhari & Muslim)

Thursday, May 3, 2007

PILIHLAH TEMAN YANG BAIK



Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya teman duduk yang baik dan teman duduk yang jahat diumpamakan seperti orang yang menjual minyak wangi dan peniup serombong api. Sama ada si pembawa minyak wangi itu memberimu atau engkau dapat membeli darinya atau dengannya kamu mendapat bau wangi yang menyenangkan. Dan si peniup serombong api, jika ia tidak membakar bajumu dengannya kamu mendapat bau yang busuk”.

(Muttafaq alaih)


Sesungguhnya kita perlu sentiasa mengetahui bahawa teman untuk kita berkawan terdiri dari dua golongan iaitu teman yang baik dan teman yang jahat. Oleh itu wanita dan lelaki yang baik akan selalu bergaul dengan orang-orang yang baik kerana dia akan menyedari bahawa bergaul dengan teman yang jahat, berkemungkinan lambat laun akan terpengaruh kepada dirinya dan akan membawa dirinya kepada kebinasaan.

Wallahualam