
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan dengan rakyatnya."
(Bukhari & Muslim)

MENJADI PENDAKWAH BERKESAN
oleh Alexanderwathern
Sekurang-kurangnya ada 5 jenis manusia yang bersangkut-paut dengan dakwah:
1. Suka juga menjadi pendakwah. Jika ada peluang akan dicuba-cubanya mencari ruang untuk berdakwah. Baginya kalau tidak berdakwah memang akan mengalami kerugian, cuma dia tidaklah memandang kerugian itu terlalu besar.
2. Sangat berminat menjadi pendakwah. Pantang ada ruang, pasti dia akan berdakwah. Kalau tiada ruang pun, akan diusahakannya untuk mewujudkan ruang untuk berdakwah. Baginya kalau tidak berdakwah, kehidupan seperti sia-sia- tiada roh.
3. Tidak berminat untuk menjadi pendakwah, tapi mengakui kelebihan-kelebihan berdakwah. Kalau diajak-ajak, dia mahu juga ikut berdakwah walaupun dia tidak berusaha untuk memajukan dirinya dalam dakwah. Baginya kalau tidak berdakwah pun, tidaklah berasa rugi. Asal segala amalan wajib beres, sudah mencukupi.
4. Tidak pernah terfikir pun untuk menjadi pendakwah. Jenis ini berasa selesa dengan kehidupan yang dilalui. Baginya kalau tidak berdakwah,dia tidak akan kerugian apa-apa. Malah kalau melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, akan mengalami kerugian pula terutamanya dari segi masa. Di samping itu dia akan kerugian tenaga dan wang ringgit.
5. Membenci dakwah. Baginya setiap manusia hanya perlu menguruskan agama diri mereka masing-masing. Dalam hal agama, kita jangan sibuk urusan agama orang lain dan orang lain pun jangan sibuk urusan agama kita. Para pendakwah kerjanya tidak lain mengganggu ketenteraman orang.
Bersambung…Alexanderwathern21 MAC 2007
Sumber:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=99&mode=&order=0&thold=0

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA- Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu Allah S.W.T. memerintahkan wanita muslimah supaya memakai tudung dan memakai pakaian yang menutupi seluruh badan.
Allah SWT berfirman (yang maksudnya):"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)Allah SWT berfirman (yang maksudnya):“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)- Wanita yang tidak memperlihatkan kecantikan dan perhiasannya ialah wanita yang memakai pakaian yang sesuai dengan pakaian Islam. Antara garis panduan tentang pakaian yang digariskan oleh Islam adalah:
1.Pakaian yang menutupi semua tubuh kecuali anggota tubuh yang dikecualikan Al-Quran dalam firman Allah:“…..kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (Al-Nur:31)- Ayat ini membawa maksud anggota yang biasa nampak iaitu muka dan telapak tangan.
2.Pakaian yang tebal dan tidak mengambarkan bentuk tubuh.Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Muslim)- Berpakaian tetapi telanjang bermaksud pakaian yang tidak menutupi seluruh tubuh sehingga menampakkan sifat-sifat kulit kerana tipis dan sempitnya pakaian itu.
- Beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Aisyah dengan berpakaian yang sangat tipis. Kemudian Aisyah berkata: “Jika kamu betul-betul wanita mukminah, kamu tidak memakai pakaian seperti ini.”Ada pula seorang wanita yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat tipis, maka Aisyah berkata kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti tidak beriman dengan surah An-Nur.
- Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Abu Daud) 3.Pakaian yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah.
- Walaupun pakaian itu tidak tipis tetapi ia menggambarkan bentuk-bentuk tubuh sehingga mengundang syahwat memang tidak dibenarkan oleh Islam.
4.Pakaian yang menyerupai lelaki bagi wanita dan sebaliknya.Dari Ibnu Abbas (r.a) yang telah berkata:“Rasulullah S.A.W. mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan
perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Bukhari)Dari Abu Hurairah yang telah berkata:“Rasulullah S.A.W. mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”
(Abu Daud)