
Dari Abu Hurairah r.a. , beliau berkata:
Kekasihku (Rasulullah S.A.W.) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum(puasa) tiga hari setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur.
( Lima Imam Hadis)

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
(At-Tirmizi )
Sekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK OLEH SALAFI LAPOKPemahaman tentang pandangan-pandangan Dr. Yusuf Qardhawi akan mencapai tahap maksima dengan jalan-jalan berikut, atau salah satu daripadanya. Antaranya:1. Anda menerima tarbiah Ikhwanul Muslimin dalam jangka masa tertentu2. Anda faham selok-belok Ikhwanul Muslimin walaupun anda tidak menerima tarbiah Ikhwan3. Anda mendengar/ melihat kuliah-kuliah Ikhwan, bukan kuliah umum4. Anda diberi ilmu terus oleh Allah ke dalam dada andaSekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita biasanya tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.Namun hari ini banyak pula manusia yang hanya dengan membaca tulisan beliau dan mendengar/ menonton ceramah beliau mendakwa membawa manhaj Qardhawi. Kemudian disebarkan pula kepada orang awam dengan menjual nama Qardhawi. Mereka menisbahkan Qardhawi kepada diri dan kumpulan mereka. Inilah yang berlaku kepada para pendakwah Tajdid Lapok atau Salafi Lapok.Bagi yang tahu, ini amat melucukan.Dalam bukunya bertajuk DI MANA PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MASAKINI, Qardhawi menegur beberapa perkara. Salah satu perkara yang diutarakannya ialah ketidaksetujuannya tentang dakwah puak yang menisbahkan diri mereka kepada Salafi tetapi tidak bersikap sebagimana Salafussoleh. Di kebanyakan tempat mereka dikenali sebagai Wahabi. Dan kini mereka dikenali sebagai Salafi Lapok yang berbeza dengan kita Salafi Segar.Untuk emmahami perbezaan Salfi lapok dengan Salafi Segar, sila rujuk artikel bahagian pertama di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0Bertajuk DAKWAH TAJDID SEBENARBerikut adalah beberapa petikan tulisan Qardhawi yang menyentuh dakwah Salafi Lapok (Tajdid Lapok)“Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru.”
“Amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat.”
“Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun.”
“Memang ramai ulama’ yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang membonceng kenderaan pemerintah dan menjadikan ilmu sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.”
“Salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.”
“Kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:
1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang disepakati”Apa yang dinyatakan oleh Qardhawi ini umumnya sangat bersesuaian dengan dakwah Tajdid Segar oleh Salafi Segar, dan dalam masa yang sama menolak dakwah Tajdid Lapok oleh Salafi Lapok yang sebelum ini dikenali sebagai Salafi Wahabi. Kalau di negara ini mereka lebih dikenali sebagai Wahabi sahaja.oleh: alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article122.html&mode=&order=0&thold=0
Rasulullah S.A.W. bersabda:"Iman itu mempunyai enam puluh cabang, paling tinggi ialah ucapan: 'La ilaha illallah' dan yang paling rendah membuang perkara-perkara yang menyakitkan (duri) dari jalanan, dan malu itu juga merupakan satu cabang dari iman".
(Abu Daud dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:Rasulullah S.A.W. bersabda:“Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram”.
(An-Nasai)

Dari Jabir r.a. beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Shaum (berpuasa) tiga hari setiap bulan menyamai shaum (puasa) setahun, iaitu hari-hari putih, yakni pada hari bulan 13, 14 dan 15 (dalam hitungan qamariah).
(An-Nasai)
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a berkata:Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“ Bahawasanya Allah S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Muslim)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.”
(Bukhari, Muslim dll)
DAKWAH TAJDID SEBENARBeberapa forum, laman dan blog mendakwa memperjuangkan tajdid dalam agama. Namun apabila kita mengembara ke dalam ruangan mereka, kita akan tertanya-tanya- apa benda yang didakwa tajdid dalam laman ini? Umumnya yang nampak hanyalah dakwah lama yang sudah tidak layak dipanggil tajdid lagi. Sebab itu ada pihak mengatakan , “Ini bukan dakwah tajdid, tapi dakwah takjadi.”Kata-kata ini ada benarnya juga walaupun nampak macam tuannya hendak berkelakar atau menyindir. Ini kerana apa yang diperjuangkan oleh pihak-pihak itu ternyata benda-benda lapok lagi sudah basi. Itupun dinamakan tajdid? Yang kita tahu, tajdid benda baru. Yang mereka bawa tidak lain dakwah perpecahan umat masakini. Dakwah ini sudah lama berlalu. Ia sudah “out of date” pada zaman ini.Antara isu yang didakwa sebagai tajdid ialah menghukum berdosa (melalui kata kunci “bidaah”) majlis tahlil, sambut Maulidurrasul, dunia kesufian, Sifat 20, takwil dan banyak lagi. Inikah tajdid? Dicetuskan ratusan tahun lalu pun tajdid juga? Nyata mereka ketinggalan zaman. Dakwah tajdid ini kalau manusia sudah terlalu tua usianya. Untuk memudahkan pemahaman, selepas ini saya akan menamakannya “Tajdid Lapok”. Tajdid Lapok ini sudah tidak layak disebut tajdid, tapi tak apalah. Kira tajdid jugalah agar golongan yang memperjuangkannya tidak terlalu kecil hati.Yang hendak kita promosikan sekarang bukan Tajdid Lapok tapi Tadjid Segar dalam agama. Apakah Tajdid Segar? Ia adalah dakwah tajdid yang relevan dengan kurun ini, sedangkan dakwah Tajdid Lapok sepatutnya disimpan dalam muzium sahaja. Ada banyak perkara, tapi sebahagiannya tidak dinyatakan di sini kerana belum sampai masa untuk umat menerimanya. Biar lambat asal selamat.Kita bentangkan dalam bentuk perbandingan agar pemahaman pembaca di tahap maksima.TAJDID LAPOKApabila terjumpa orang, dia akan melihat apa perbezaan fahaman antara dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya perbezaan ini adalah lebih penting daripada mencari persamaan. Tajdid Lama ini banyak membawa kerosakan dan perpecahan umat. Ia juga disokong oleh musuh-musuh Islam kerana membantu mereka mewujudkan perpecahan umat Islam.TAJDID SEGARApabila terjumpa orang, dia akan melihat apa persamaan fahaman dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya mencari persamaan adalah lebih penting daripada mencari perbezaan fahaman. Tajdid Segar ini sangat berkesan untuk membawa perpaduan. Ia sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam.TAJDID LAPOKUmumnya tidak menyokong gerakan-gerakan Islam yang ada seperti jemaah-jemaah sufi, parti-parti politik Islam, Ikhwanul Muslimin, jemaah Tabligh, Hizbut Tahrir, ABIM, JIM, ISMA dan lain-lain. Bagi mereka gerakan-gerakan ini hanya memecah-belahkan umat Islam menjadi 73 golongan sedangkan yang selamat hanyalah satu golongan sahaja iaitu mereka sendiri. Ada juga segelintir yang simpati dengan gerakan-gerakan Islam tapi mereka tetap tidak menjadi aktivisnya. Kalau jadi ahli pun sekadar ada nama sahaja. Nak kata digalakkan menyertai pun tidak, paling kuat kata harus saja. Mereka lebih utamakan perjuangan Tajdid Lapok. Kebanyakannya menghukum berdosa (melalui kata kunci bidaah) malah tidak akan selamat di akhirat ke atas semua gerakan Islam itu. Tajdid jenis ini memang menjadi kesukaan musuh-musuh Islam.TAJDID BARUMenggalakkan perkembangan jemaah-jemah Islam yang ada. Walaupun berbeza pasukan namun saling hormat-menghormati dan meraikan. Malah dari hari ke hari mereka berusaha mencari keselesaan untuk berjuang bersama. Pandang global, bergerak sebagai satu umat. Tajdid Segar ini amat digeruni musuh.TAJDID LAPOKMenghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan isu-isu khilaf. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Tajdid Lapok ini direstui penuh musuh-musuh Islam. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama sentiasa dalam keadaan bertelingkah. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.TAJDID SEGARMengutamakan isu-isu utama. Isu khilaf tidak ditinggalkan tetapi bukan menjadi agenda utama. Jika ada keluangan masa dalam memperjuangkan isu-isu utama, barulah dibuka isu-isu khilaf. Ini kerana telah terbukti bahawa isu-isu khilaf telah dibincangkan abad-berabad dan keputusannya, masih juga khilaf. Masa berabad-abad itu berlalu begitu sahaja tetapi keputusannya tetap sama. Ini membazir masa namanya. Kerja membazir ini sangat disukai Iblis dan syaitan. Jadi Tajdid Segar meletakkan perkara-perkara khilaf ke samping. Musuh-musuh Islam memang sakit hati dengan Tajdid Segar ini kerana umat Islam tidak ada masa untuk berbalah tetapi ada banyak masa untuk berhadapan dengan mereka.TAJDID LAPOKBiasanya menyebarkan perkara dusta dalam masalah “takwil, tak takwil”. Mereka umumkan “Salaf tak takwil, khalaf takwil”. Pembahagian ini kalau tidak disertai huraian sebagimana yang akan dinyatakan di bawah nanti, jelas satu pembohongan. Ini seolah-olah menggambarakn seluruh Salaf tak takwil dan seluruh khalaf takwil. Padahal pembahagian sebenarnya begini:Salaf terbahagi kepada beberapa kelompok, bukannya satu kelompok sahaja sebagaimana pembohongan pembawa Tajdid Lama. Sekurang-kurangnya ada kelompok yang:1. tidak takwil tapi tidak dijumpai bukti dia menegah takwil2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil3. tidak takwil dan dia menegah takwil (yang ini saya perlu kaji lagi)4. tidak diketahui pun sama ada dia takwil ataupun tidak, dan sama ada dia menegah takwil ataupun tidakKhalaf pula sekurang-kurangnya terbahagi kepada kelompok yang:1. takwil2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil3. tidak takwil dan dia menegah takwil (ini golongan penjuang Tajdid Lama)4. tidak takwil tapi tidak menegah takwil5. boleh takwil dan boleh tidak takwil.Jadi pembohongan yang mengatakan “Salaf tak takwil, khalaf takwil” sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan. Mereka mahu umat Islam seboleh-bolehnya percaya bahawa 100% salaf tak takwil. Padahal Imam Ahmad sendiri mentakwil hadis Nabi:“Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi.”(Al Hakim)‘Hati orang beriman antara dua jari-jemari Ar-Rahman.”(Muslim)“Aku dapat rasakan nafas Ar-Rahman dari sebelah Yaman.”(Ahmad)SUMBER: Majmuk Rasail Hasan al-Banna.Kata al-Banna:“Sebagaimana yang anda tahu, masalah yang dibincangkan sedikti sahaja dan membabitkan masalah yang mana SEBAHAGIAN ULAMA SALAF SENDIRI ADA MEMBUAT PENTAKWILAN.”Jelas bagai matahari di tengah hari yang cerah- dakwah “Salaf tak takwil, khalaf takwil” oleh penggerak Tajdid Lapok adalah penipuan terhormat. Kalau mereka jujur, pastinya mereka akan berkata “Salaf ada yang takwil dan tak takwil, khalaf pun begitu juga”.Mengapa dakwah mereka begitu? Mudah saja. Tentulah dengan tujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam agar tidak berani takwil kerana kononnya bertentangan dengan Salafussoleh, bertentangan dengan Sunnah dan bertentangan dengan Islam. Maka umat Islam yang jahil dalam hal inipun akan bersama-sama mereka menghentam ulama-ulama khalaf yang takwil.Musuh-musuh Islam tersenyum lebar. Teruskan… teruskan…. kata mereka sambil bertepuk tangan.TAJDID SEGARKita sebarkan “Salaf banyak tak takwil tapi ada yang takwil, khalaf banyak yang takwil tapi ada yang tak takwil dan ada yang tak mahu takwil.”-sebagai contoh. Ini boleh diperhalusi lagi.TAJDID LAPOKApa saja idea-idea yang bertentangan dengan mereka dengan kadar segera dan seboleh-bolehnya dikaitkan dengan Syiah.TAJDID SEGARIdea-idea yang bertentangan dengan idea kita akan diselidiki sedalam-dalamnya terlebih dhaulu sebelum mengaitkannya dengan Syiah atau mana-mana pihak.TAJDID LAPOKUmumnya tidak ada harapan untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati bersama Syiah. Syiah dimusuhi semaksimanya. Umumnya menolak Syiah sepenuhnya hinggakan orang Syiah juga tidak ada hati untuk bekerjasam dengan mereka.TAJDID SEGARBekerjasama dengan Syiah dalam hal-hal yang disepakati. Umumnya tokoh-tokoh ala Tajdid Segar masih diterima oleh puak Syiah.TAJDID LAPOK“Bidaah” adalah satu hukum, seolah-olah hukum dalam Islam ada wajib, sunat, harus, makruh, haram dan bidaah. Keterlangsungan bagi bidaah adalah sama dengan haram atau berdosa. Ini mutlak.TAJDID SEGAR“Bidaah” bukan hukum. Hukum ke atas bidaah dijatuhkan mengikut keadaan “bidaah” itu sendiri. Sebab itu dalam kitab-kitab kita ada menemui ayat “bidaah yang makruh”, “bidaah lagi makruh”, “bidaah yang mungkar”, “bidaah yang tidak disunatkan (bidaah yang harus) dan seumpamanya.Banyak lagi.Cukuplah setakat ini dahulu. Insyaalah idea saya dalam hal ini tidak pernah kering dengan izin Allah.Sekarang tugasan anda para pembaca.PERTAMAAnda pejuang Tajdid Segar ataupun pejuang Tajdid Lapok?Jawapan: ________________________KEDUATajdid yang disukai oleh musuh-musuh Islam ialah Tajdid _________KETIGATajdidi yang relevan untuk kurun ini adalah Tajdid __________Akhirnya, jangan malu-malu untuk mengakui anda sebagai pejuang atau penyokong Tajdid Segar. Kalau di laman mereka, mereka letakkan cogankata memperjuangkan “tajdid”, faham-fahamlah kita bahawa itu adalah Tajdid Lapok. Di laman kita juga kita boleh letakkan cogankata yang sama. Kami juga membawa tajdid. Oleh kerana perkatan “tajdid” mereka membawa maksud “Tajdid Lapok”, maka untuk membezakannya kita letakkan saja “Tajdid Segar”. Boleh juga “Tajdid Baru”, “Tajdid Sebenar”, “Tajdid Terkini”, “Tajdid Abad Ini”, “Tajdid Salaf” dan seumpamanya.Untuk mereka, saya suka melabel “Tajdid Lapok” saja. Terpulanglah untuk anda melabelnya sebagai “Tajdid Orang Tua”, “Tajdid Basi”, “Tajdid Wahabi” dan lain-lain.Diriwayatkan Sufyan ath-Thauri menegur kesalahan khalifah. Ketika dibantah khalifah dijawanya lebih kurang . “Aku mesti menegur perkara yang salah, kalau tidak… kencingu akan bertukar menjadi darah.” Dengan sebab itu dia dihukum bunuh tetapi diselamatkan Allah.Saya tidak sahkan riwayat ini sebagai sahih, cuma ingin mengambil tamsilan bahwa begitulah sikap saya dalam hal ini.Wallahulam.PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMATPosted on Friday, April 13 @ 06:04:36 EDT by alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0
Daripada Anas r.a. berkata:Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan”.
(Bukhari dan Muslim)
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata:Rasulullah S.A.W. bersabda:“Hampir tiba suatu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata: “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”.
(Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. melanjutkan sabdanya): “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T ”.
(Abu Daud dan Ibnu Majah)
Keterangan Hadis.
Hadis diatas bermaksud seorang lelaki telah mengingkari kedudukan hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Dia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya hadis tidak perlu dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Realiti yang perlu kita fahami ialah seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran jika kita tidak merujuk kepada hadis Rasulullah S.A.W. Al-Quran sebenarnya banyak menerangkan kepada kita hal-hal yang besar dan garis panduan yang umum. Oleh itu kita perlu merujuk kepada hadis Rasulullah S.A.W. Hadis berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayat Al-Quran. Hadis juga dapat menghuraikan dan menerangkan sepenuhnya perkara yang kita kurang jelas. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna jika kita hanya merujuk kepada Al-Quran semata-mata, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash beliau berkata:Rasulullah S.A.W. bersabda:“Shaum (puasa) tiga hari pada setiap bulan (pahalanya menyamai) shaum(berpuasa) setahun penuh".
(Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)
Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkanbacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...Wallahualam..
Pengaruh kejahilan, adat setempat serta faktor pemikiran yang sempit menyebabkan amalan-amalan yang salah berkaitan kematian terus berleluasa di dalam masyarakat. Kesedihan yang menimpa keluarga si mati akan ditambah lagi dengan berbagai-bagai kesedihan seperti bebanan masalah kewangan kerana mereka perlu berhabis ribuan ringgit untuk membayar upah orang membaca al-Quran, bersembahyang jenazah, membuat kenduri arwah dan sebagainya.Pandangan Cempaka Kalau berhabis ribuan ringgit untuk membayar upah orang membaca al-Quran, bersembahyang jenazah, membuat kenduri arwah dan sebagainya itu dianggap MESTI, maka itu memang SALAH. Tapi kalau orang membuatnya dengan sukarela dan tidak menganggap ia satu KEMESTIAN, tidak ada salahnya. Setahu cempaka, belum pernah lagi terdengar mana-mana masyarakat yang meletakkan hukum MESTI mereka perlu berhabis ribuan ringgit untuk membayar upah orang membaca al-Quran, bersembahyang jenazah, membuat kenduri arwah dan sebagainya. Agaknya dimana penulis artikel ini menjumpai masyarakat yang dikatakan memang meletakkan hukum MESTI buat???Entahlah di mana penulis menemuinya kerana dia tidak menerangkan lokasinya. Apa yang kita khuatir, penulis hanya mendengar-dengar cakap orang tanpa ada penyelidikan. Ini sangat bahaya.*************************************************************************************************** Budaya ini sebenarnya bertentangan dengan roh Islam yang sebenar kerana Nabi Muhammad s.a.w. ketika mendengar berita kematian Ja’far ibn Abi Talib telah bersabda: Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan).(Riwayat al-Tirmidhi dan Abu Dawud).Pandangan Cempaka Budaya ini kalau dianggap MESTI, memang ia bertentangan dengan roh Islam. Kalau tidak dianggap MESTI, ia tidak bertentangan dengan roh Islam. Dalam hadis ini, Rasulullah mengalakkan para sahabat menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Dalam hadis itu Rasulullah menggalakkan para sahabat buatkan makanan untuk keluarga si mati, tapi tidak ada langsung larangan untuk keluarga si mati buatkan makanan untuk orang lain seperti ahli keluarganya yang datang dari jauh dan bermalam di rumahnya, untuk dirinya sendiri makan, untuk orang yang datang kerana majlis tahlil dan sebagainya. Kami faham, penulis cuba eksploitasi hadis ini dengan tujuan untuk menunjukkan kononnya Rasulullah larang tuan rumah buat makanan. Ini taktik lama yang sudah tidak berkesan lagi pada hari ini tehadap orang-orang yang bijak berfikir. Untuk mereka yang taqlid buta kepada ceramah Wahabi ataupun bahan bacaan Wahabi, memang masih berkesan.
Cempaka ingin berkongsi sedikit mengenai mandi junub.Mandi junub bagi kaum wanita sama sahaja dengan mandi junub bagi kaum lelaki, hanya bagiwanita yang berambut panjang, mereka tidak wajib menguraikan rambutnya. Yang penting airsampai ke urat rambut. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.Bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah S.A.W. :"Jalinan rambutku sangat ketat, haruskah rambutku itu dihuraikan ketika mandi junub?"
Nabi bersabda:"Cukuplah bila engkau tuangkan ke atasnya air sebanyak tiga kali, kemudian engkau siramkan keseluruh tubuhmu.Dengan demikian bererti engkau telah suci".
(Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)Aisyah mendapat berita bahawa Abdullah bin Umar menyuruh isteri-isterinya menguraikan jalinan rambut mereka bila mandi. Maka Aisyah berkata:"Aneh sekali Ibnu Umar, disuruhnya isteri-isterinya menguraikan rambut ketika mandi (mandi junub), kenapa tidak disuruhnya sahaja mereka memotong rambut? Sedangkan aku mandi bersama Rasulullah S.A.W. dari sebuah bejana, dan yang aku kerjakan, tidak lebih dari menuangkan air ke atas kepalaku sebanyak tiga kali".
(Muslim dan Ahmad)Semoga kita mendapat manfaat dari hadis di atas.