Saturday, April 21, 2007
QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK OLEH SALAFI LAPOK
Sekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.
QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK OLEH SALAFI LAPOK
Pemahaman tentang pandangan-pandangan Dr. Yusuf Qardhawi akan mencapai tahap maksima dengan jalan-jalan berikut, atau salah satu daripadanya. Antaranya:
1. Anda menerima tarbiah Ikhwanul Muslimin dalam jangka masa tertentu
2. Anda faham selok-belok Ikhwanul Muslimin walaupun anda tidak menerima tarbiah Ikhwan
3. Anda mendengar/ melihat kuliah-kuliah Ikhwan, bukan kuliah umum
4. Anda diberi ilmu terus oleh Allah ke dalam dada anda
Sekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita biasanya tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.
Namun hari ini banyak pula manusia yang hanya dengan membaca tulisan beliau dan mendengar/ menonton ceramah beliau mendakwa membawa manhaj Qardhawi. Kemudian disebarkan pula kepada orang awam dengan menjual nama Qardhawi. Mereka menisbahkan Qardhawi kepada diri dan kumpulan mereka. Inilah yang berlaku kepada para pendakwah Tajdid Lapok atau Salafi Lapok.
Bagi yang tahu, ini amat melucukan.
Dalam bukunya bertajuk DI MANA PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MASAKINI, Qardhawi menegur beberapa perkara. Salah satu perkara yang diutarakannya ialah ketidaksetujuannya tentang dakwah puak yang menisbahkan diri mereka kepada Salafi tetapi tidak bersikap sebagimana Salafussoleh. Di kebanyakan tempat mereka dikenali sebagai Wahabi. Dan kini mereka dikenali sebagai Salafi Lapok yang berbeza dengan kita Salafi Segar.
Untuk emmahami perbezaan Salfi lapok dengan Salafi Segar, sila rujuk artikel bahagian pertama di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0
Bertajuk DAKWAH TAJDID SEBENAR
Berikut adalah beberapa petikan tulisan Qardhawi yang menyentuh dakwah Salafi Lapok (Tajdid Lapok)
“Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru.”
“Amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat.”
“Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun.”
“Memang ramai ulama’ yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang membonceng kenderaan pemerintah dan menjadikan ilmu sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.”
“Salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.”
“Kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:
1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang disepakati”
Apa yang dinyatakan oleh Qardhawi ini umumnya sangat bersesuaian dengan dakwah Tajdid Segar oleh Salafi Segar, dan dalam masa yang sama menolak dakwah Tajdid Lapok oleh Salafi Lapok yang sebelum ini dikenali sebagai Salafi Wahabi. Kalau di negara ini mereka lebih dikenali sebagai Wahabi sahaja.
oleh: alexanderwathern
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article122.html&mode=&order=0&thold=0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment