www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Showing posts with label Hadis tentang Isteri dan Wanita. Show all posts
Showing posts with label Hadis tentang Isteri dan Wanita. Show all posts

Tuesday, April 24, 2007

HAK WANITA DALAM MEMILIH JODOH



Cempaka nak kongsikan sedikit pandangan untuk kita sama-sama mengetahui... :

Agama Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk menentukan
siapa yang akan menjadi teman hidupnya. Baik dia gadis ataupun janda. Mereka mempunyai kuasa penuh untuk menerima atau menolak pinangan orang yang meminangnya.

Dalam hal ini cempaka ada terjumpa beberapa potong hadis yang menyatakan hak-hak kaum wanita dalam menentukan jodohnya.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkan sehingga terlebih dahulu dimintakan izinnya".
Kata mereka: Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab: " Apabila ditanya dia diam sahaja".

(Bukhari dan Muslim)


Dalam satu hadis lain pula diterangkan:

"Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada Rasulullah S.A.W. menceritakan bahawa bapanya akan mengahwinkannya, padahal dia tidak suka, maka Nabi menyuruh pilih kepadanya antara menerima atau menolak".

(Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)


Hadis-hadis yang disebutkan diatas itu menerangkan bahawa seorang wanita bergelar janda atau anak gadis tidak boleh dikahwinkan oleh walinya tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Mereka tidak berhak sama sekali untuk melakukan kahwin paksa.

Dengan demikian, maka benarlah bahawa Islam memberikan hak sepenuhnya pada kaum wanitadalam menentukan teman hidupnya. Antara tujuannya adalah supaya mereka dapat membina rumahtangga yang aman dan damai di bawah lindungan Allah S.W.T.

Wallahualam.

Sunday, April 15, 2007

Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki


Daripada Anas r.a. berkata:

Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan”.

(Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 5, 2007

MANDI JUNUB


Cempaka ingin berkongsi sedikit mengenai mandi junub.

Mandi junub bagi kaum wanita sama sahaja dengan mandi junub bagi kaum lelaki, hanya bagi
wanita yang berambut panjang, mereka tidak wajib menguraikan rambutnya. Yang penting air
sampai ke urat rambut. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.

Bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah S.A.W. :

"Jalinan rambutku sangat ketat, haruskah rambutku itu dihuraikan ketika mandi junub?"

Nabi bersabda:

"Cukuplah bila engkau tuangkan ke atasnya air sebanyak tiga kali, kemudian engkau siramkan keseluruh tubuhmu.Dengan demikian bererti engkau telah suci".

(Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)


Aisyah mendapat berita bahawa Abdullah bin Umar menyuruh isteri-isterinya menguraikan jalinan rambut mereka bila mandi. Maka Aisyah berkata:

"Aneh sekali Ibnu Umar, disuruhnya isteri-isterinya menguraikan rambut ketika mandi (mandi junub), kenapa tidak disuruhnya sahaja mereka memotong rambut? Sedangkan aku mandi bersama Rasulullah S.A.W. dari sebuah bejana, dan yang aku kerjakan, tidak lebih dari menuangkan air ke atas kepalaku sebanyak tiga kali".

(Muslim dan Ahmad)


Semoga kita mendapat manfaat dari hadis di atas.

Monday, March 12, 2007

Wanita Sebaik-baik Perhiasan Dunia


Isteri yang solehah merupakan kekayaan yang paling berharga buat suaminya setelah dia beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya. Islam menganggap isteri yang solehah itu adalah salah satu sebab mencapai kebahagiaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Seseorang mukmin tidak memperolehi kemanfaatan setelah bertaqwa kepada Allah Azza wa jalla yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia bersumpah kepadanya dia mengiyakan dan jika suaminya pergi (jauh dari pandangan) maka dia memelihara diri dan harta (suaminya)".
(Ibnu Majah)



Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita
solehah".
(Muslim)


Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Di antara kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik".
(Ahmad)