www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Showing posts with label HAL EHWAL WANITA. Show all posts
Showing posts with label HAL EHWAL WANITA. Show all posts

Thursday, October 25, 2007

AURAT WANITA (Bhgn 3)



Gambar dibawah menunjukkan CARA-CARA MENUTUP AURAT MENGIKUT KEHENDAK ISLAM.

P/s dari cempaka:
Untuk mendapatkan gambar lebih jelas, sila klik sekali pada gambar.....Selamat membaca...



AURAT WANITA (Bhgn 2)





Gambar dibawah menunjukkan kesalahan -kesalahan berkenaan aurat seorang wanita muslimah.
Penjagaan aurat merupakan satu KEWAJIPAN muslimah.Renung-renungkanlah.......

P/s dari cempaka:
Untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas, sila klik sekali pada gambar...Selamat membaca.


Wednesday, October 24, 2007

AURAT WANITA (Bhgn 1)



KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA


  • Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu Allah S.W.T. memerintahkan wanita muslimah supaya memakai tudung dan memakai pakaian yang menutupi seluruh badan.

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)



Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


  • Wanita yang tidak memperlihatkan kecantikan dan perhiasannya ialah wanita yang memakai pakaian yang sesuai dengan pakaian Islam. Antara garis panduan tentang pakaian yang digariskan oleh Islam adalah:

1.Pakaian yang menutupi semua tubuh kecuali anggota tubuh yang dikecualikan Al-Quran dalam firman Allah:

“…..kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (Al-Nur:31)

  • Ayat ini membawa maksud anggota yang biasa nampak iaitu muka dan telapak tangan.

2.Pakaian yang tebal dan tidak mengambarkan bentuk tubuh.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Muslim)

  • Berpakaian tetapi telanjang bermaksud pakaian yang tidak menutupi seluruh tubuh sehingga menampakkan sifat-sifat kulit kerana tipis dan sempitnya pakaian itu.
  • Beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Aisyah dengan berpakaian yang sangat tipis. Kemudian Aisyah berkata: “Jika kamu betul-betul wanita mukminah, kamu tidak memakai pakaian seperti ini.”Ada pula seorang wanita yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat tipis, maka Aisyah berkata kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti tidak beriman dengan surah An-Nur.
  • Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Abu Daud)

3.Pakaian yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah.

  • Walaupun pakaian itu tidak tipis tetapi ia menggambarkan bentuk-bentuk tubuh sehingga mengundang syahwat memang tidak dibenarkan oleh Islam.

4.Pakaian yang menyerupai lelaki bagi wanita dan sebaliknya.

Dari Ibnu Abbas (r.a) yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan
perempuan yang menyerupai lelaki.”

(Bukhari)

Dari Abu Hurairah yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”
(Abu Daud)

Wednesday, April 25, 2007

PEMAKAIAN TUDUNG WAJIB BAGI WANITA ISLAM



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


'Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya…’

Seorang wanita Islam yang memakai tudung mesti melabuhkan tudungnya dengan melepasi bahagian dada kerana bahagian dada wajib ditutup......

Tidak boleh memakai tudung yang pendek ataupun diikat ke belakang sehingga menampakkan dada, atau dengan memakai skaf sahaja.

Sunday, April 22, 2007

HIKMAH DAN PAHALA WANITA BERBUAT BAIK




Hikmah berbuat baik cukup banyak dan merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang tidak dapat dimiliki oleh kaum lelaki. Diantaranya adalah:

1. Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Rasulullah menyebutkan bahawa 2 rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya bersolat, mendengar bacaan-bacaan solat serta ikut sujud bersama.

2. Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari.

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah S.W.T.

3. Wanita yang melahirkan anak.

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. Oleh itu Rasulullah mengalakkan wanita supaya memperbanyakkan zuriat.

4. Wanita yang meninggal dunia .

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia akan dikira sebagai mati syahid

5. Wanita yang memberi susu kepada anaknya.

Wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikan. Wanita yang memberi susu kepada anaknya yang menangis pula Allah akan memberi pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Sekiranya wanita itu menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

6. Wanita yang melayan kerenah anaknya di waktu malam.

Wanita yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.

Friday, January 19, 2007

Gadis Berhias Di Depan Lelaki



SOALAN

Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad saw telah diperlihatkan dengan nasib wanita yang suka berhias kepada orang lain tetapi tidak berhias pula kepada suaminya. Bagaimana pula dengan wanita yang belum berkahwin?

PENJELASAN

Pesan Rasulullah s.a.w:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku belum lagi melihat mereka. Pertama, golongan yang mempunyai cemeti-cemeti (iaitu golongan pemerintah) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, BERLENGGANG-LENGGOK waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini TIDAK AKAN MASUK SYURGAdan TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU WANGINYA. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

(Muslim)

Huraian hadith:
Kedua-dua golongan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana belum pernah dilihat baginda. Ini bermakna ia akan wujud kemudian, iaitu pada zaman sekarang. Golongan pertama ialah golongan pemerintah yang zalim. Golongan ini menghukum orang mengikut suka hati mereka.
Golongan kedua pula ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang kerana ketatnya pakaian mereka dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada saja bahagian yang dipertontonkan dan ada yang ditutup dengan helaian nipis. Mereka berjalan dengan gaya yang menarik perhatian, iaitu berlebih-lebihan dalam berlenggang-lenggok. Ini tidak bermakna wanita kena berjalan seperti robot, tetapi berjalanlah mengikut gaya semulajadi anda- jangan ditambah-tambah lagi untuk menarik perhatian orang. Kata Nabi, perempuan yang bersanggul di kalayak umum saja pun sudah tidak dapat mencium bau syurga, bagaimana pula dengan perempuan yang rambutnya berfesyen dan berwarna seperti sekarang ini?
Hadith ini merangkumi wanita yang sudah berkahwin atau belum. Tidak boleh berhias untuk lelaki. Bahkan berhias untuk lelaki yang mahram juga tidak boleh. Apa tujuannya berhias untuk bapa, datuk, abang atau saudara yang lelaki? Tampilkan diri anda yang biasa saja sudah cukup. Dan jangan lupa hiaskanlah diri anda untuk suami anda sehabis-habisnya.

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=55&mode=&order=0&thold=0

Monday, January 15, 2007

KEJADIAN WANITA



KEJADIAN WANITA
. 08/02/2005 http://www.rufaqadaily.com/majalah.asp

Kejadian wanita memang unik. Jika Adam dijadikan daripada inti pati tanah tetapi Hawa tidak dijadikan dari tanah. Ia dijadikan daripada sebahagian dari anggota tubuh Adam iaitu tulang rusuk Nabi Adam. Mereka dikahwinkan walaupun dari asal-usul kejadian yang berbeza. Ini suatu kejadian manusia yang sangat pelik. Akal mungkin menganggap alangkah baiknya jika kedua-dua Adam dan Hawa dari kejadian yang sama iaitu tanah.

Jika mereka sejenis barulah padan jika dijodohkan. Begitulah hujah akal manusia. Dalam Islam, ia sebenarnya terkandung satu hikmah yang besar bagi menerangkan tentang peranan wanita itu sendiri. Kalau Tuhan jadikan Adam dan Hawa daripada tanah, semesti tanah itu sendiri berlainan jenis. Walaupun tanah menjadi perhubungan di antara Adam dan Hawa, namun ikatan itu tidak kuat. Ia seolah-olah menyatukan kedua makhluk yang berlainan. Jika mereka dari kejadian yang sama kemudian dikahwinkan, mereka seperti sahabat biasa sahaja. Sahabat biasa bukan teman yang istimewa. Jika hendak berpisah memang mudah. Itulah di antara sebab Tuhan tidak ciptakan Hawa dari tanah seperti Adam. Allah cipta Hawa dari diri Adam sendiri iaitu dari tulang rusuknya. Hakikatnya , rohaniah, perasaan dan fizikal mereka seolah-olah dari satu jasad yang sama.

Di sinilah perkongsian suami isteri itu bermula. Barulah perkongsian suami isteri itu di anggap sebagai teman setia, sehidup, semati, seperjuangan dan yang paling baik bekerjasama. Pasangan suami isteri itu tidak sempurna jika tidak ada bersama-sama. Ia bukan sahaja menyempurnakan dari sudut biologi tetapi juga dari sudut menjaga anak, berjuang dan berjihad. Jika ada isteri sahaja dalam pengurusan rumahtangga, belum sempurna lagi penyusunan rumahtangga itu. Kedua-duanya mesti ada barulah sempurna. Dalam Islam, rumahtangga seolah-olah satu bahagian di bahagi kepada dua. Ia bukan berasal dari dua keluarga yang disatukan. Dalam Islam hendak pisahkan sangat susah kecuali jika terdesak. Umpama satu badan, bukan senang hendak potong sebahagian anggota lain. Anggota itu adalah pelengkap kepada badan tersebut. Tanpa salah satu dari anggota itu, ia dikatakan cacat.

Jika pasangan suami isteri dikatakan sebagai kawan, tidaklah memadai kerana peranan suami isteri terlalu banyak. Bahkan ia lebih dari hubungan seorang kawan. Peranan suami isteri itulah sahabat, pembantu, penghibur, penasihat, kawan seperjuangan. Bila susah sama-sama susah dan bila senang sama-sama senang. Ikatan yang banyak ini sudah cukup kuat bagi pasangan suami isteri. Ia tidak mudah terungkai. Kalau peranan suami isteri itu banyak dan hanya satu yang terungkai, ada ikatan lain yang masih boleh mengukuhkan itu banyak. Kalau ikatannya satu sahaja iaitu sebagai kawan tidak cukup. Ikatan itu mudah terungkai. Kalau banyak peranan, hanya satu yang terungkai, masih ada ikatan lain yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri itu. Itulah hikmah Hawa tidak dijadikan dari tanah tetapi daripada satu juzuk badan Adam. Ia seolah-olah senyawa dan saling memerlukan di antara satu sama lain dalam semua hal seperti cari rezeki, jaga anak, mengatur perjuangan, mencari ilmu. Itulah hikmah kejadian wanita.

Tambahan pula jika pasangan suami isteri itu dididik dengan agama. Ikatan suami isteri itu bertambah memberi makna. Di waktu muda, pasangan suami isteri banyak membuat hubungan biologi. Inilah yang mengerat hubungan suami isteri. Tetapi jika sudah lanjut usia, hubungan biologi sudah kurang. Agamalah yang menguatkan hubungan suami isteri. Allah menuntut pasangan suami isteri dengan tuntutan-tuntutan yang mesti ditunaikan oleh kedua belah pihak demi untuk menjaga hak-hak masing-masing dalam sistem kekeluargaan. Agama banyak mengajar pasangan manusia saling berbuat baik di antara satu lain. Ini menimbulkan perasaan kasih sayang yang mendalam sekalipun, hubungan biologi sudah kurang. Agama merapatkan hubungan suami isteri. Perkahwinan itu betul-betul dibina di atas rasa yang suci murni. Ia seolah –olah kembali kepada waktu manusia itu dicipta ketika zaman Adam dan Hawa yang berasal dari satu juzuk diri Adam. Mereka adalah dari satu badan. Tanpa agama, akan hilanglah ikatan kasih sayang suami isteri kerana hubungan biologi yang sudah hambar. Kalau tidak dididik dengan agama dan tidak ada ikatan biologi yang kuat, ia akan menjarakkan pasangan tersebut. Semakin tua semakin jauh. Kadang-kadang duduk serumah tetapi dua tiga hari tidak berjumpa. Ada dan tidak ada sama sahaja. Tetapi kalau orang dididik dengan agama tidak berlaku demikian. Itulah hikmahnya Tuhan tidak jadikan kedua-duanya dari tanah. Ia dua perkara berbeza iaitu tanah dan tulang rusuk tetapi satu nyawa dari tubuh badan Nabi Adam. Seolah-olah apa perasaan Adam itulah perasaan Hawa. Kalau apa perasaan Hawa itulah perasaan Adam. Pasangan suami isteri boleh bercerai kerana tidak ada agama.

Ditambah pula dengan berbagai perkara maksiat pula. Agamalah sebagai pengikat suami isteri. Jika tidak ada agama seolah-olah hilang pengikat. Ikatan yang paling utuh ialah tali Allah. Syariatlah yang akan menjadikan pasangan suami isteri sentiasa dalam keadaan yang romantis dan harmoni serta mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat sekalipun sudah tua usia perkahwinannya. Inilah hikmah kejadian manusia.