Mengapa baru sekarang Tajdid Segar dihebohkan?Kerana inilah masa kemunculannya yang paling sesuai.PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGARApakah Tajdid Segar?Tajdid Segar adalah dakwah pembaharuan dalam agama. Ia adalah tajdid sebenar atau tajdid tulen sebagaimana yang dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW dan para salafussoleh pada zaman mereka dahulu. Sepatutnya ia disebut tajdid sahaja, tetapi untuk membezakan tajdid sebenar dengan Tajdid Hambar yang dibawa oleh golongan Salafi Lapok, kita namakan ia sebagai Tajdid Segar.Bolehkah agama dibaharukan?Tajdid Segar membawa pembaharuan dalam agama, bukan pembaharuan agama. Tambahan pula, yang dimaksudkan dengan pembaharuan ini pada hakikatnya adalah pengulangan semula tajdid asal sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW setelah ia dirosakkan oleh golongan Salafi Lapok yang membawa Tajdid Hambar atau Tajdid Lapok.Apa yang dibaharukan?Pembaharuan yang dimaksudkan berlaku dalam banyak perkara terutamanya dari segi teknik dan taktik berdakwah.Pada zaman Nabi mana ada Tajdid Segar.Apa yang dibawa oleh Nabi itulah Tajdid Segar, cuma pada zaman itu ia belum diistilahkan sebagaimana namanya hari ini. Samalah seperti istilah mustalah hadis, tasauf, sufi, mantik, balaghah dan lain-lain.Mengapa baru sekarang Tajdid Segar dihebohkan?Kerana inilah masa kemunculannya yang paling sesuai.Apa beza Tajdid Segar dengan tajdid yang dibawa oleh golongan Salafi-Wahabi?Banyak. Untuk memahaminya eloklah kita baca artikel bertajuk DAKWAH TAJDID SEBENAR di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0sebagai permulaan.Apakah Tajdid Segar ini satu jemaah?Bergantung kepada maksud “jemaah’ yang masing-masing maklumi. Tapi secara umumnya Tajdid Segar bukanlah satu jemaah tertentu. Ia lebih berupa satu gelombang yang melanda semua jemaah Islam yang ada. Inilah gelombang tajdid sebenar, yang akan menyatukan seluruh jemaah Islam yang benar.Bolehkah dakwah Tajdid Segar ini pergi jauh sedangkan para pencetusnya bukanlah para ulama, cuma golongan muda yang berbekalkan semangat saja?Barisan pencetus Ikhwanul Muslimin pada awalnya terdiri daripada tujuh orang anak muda saja dan mereka bukan ulama. Mereka hanya berbekalkan serba-sedikit pengetahuan agama dan semangat. Akhirnya Ikhwanul Muslimin mempunyai jutaan pendokong di seluruh dunia dan antara ahli-ahlinya adalah Syeikh Fathi Yakan, Syeikh Ramadhan al-Buti, Syeikh Yusuf Qardhawi, Syed Qutb, Syeikh Mustafa Siba’ie, Syeikh Said Hawa, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Abdul Majeed al-Zindani dan banyak lagi para ulama muktabar.Apakah usaha-usaha Tajdid Segar dalam masa terdekat ini?1. Menyebarkan fikrah Tajdid Segar kepada seluruh umat Islam2. Mengekang dakwah Tajdid Hambar oleh golongan Salafi Lapok3. Meneutralkan seberapa ramai Salafi Lapok4. Menyebarkan idea-idea perapatan ukhwah dan halatuju antara jemaah-jemaah Islam5. Tajdid diri sendiri terlebih dahulu (ini yang terpenting)Bersambung…Oleh: Alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=133&mode=&order=0&thold=0
* Artikel ini menggunakan bahasa kiasan yang tinggi, calang-calang pembaca tidak mampu memahami isinya. Oleh itu, tuan puan bacalah dengan berhati-hati dan cuba gambarkan suasananya. Untuk membantu mereka yang tidak berjiwa sastera dan seni, saya masukkan sedikit penerangan dalam kurungan. Tapi, hilanglah sikit nilai sasteranya. Begitulah kalau orang sastera berkarya.PELUMBA TAJDID* Artikel ini menggunakan bahasa kiasan yang tinggi, calang-calang pembaca tidak mampu memahami isinya. Oleh itu, tuan puan bacalah dengan berhati-hati dan cuba gambarkan suasananya. Untuk membantu mereka yang tidak berjiwa sastera dan seni, saya masukkan sedikit penerangan dalam kurungan. Tapi, hilanglah sikit nilai sasteranya. Begitulah kalau orang sastera berkarya.Berkerut dahi Bang Guru mendengar soalan salah seorang pendengar kuliah tajdidnya. Kemudian Bang Guru meneruskan lagaknya seperti seorang yang berwibawa sambil tertawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya.“He he he he… maaacam-macam la orang Melayu ni. Belum habis dengan bid’ah, timbul pulak Tajdid Segar. Ini pun satu lagi bid’ah orang Melayu.”“Adoooiii… mana pulak datang Tajdid Segar ni? Kalau tajdid tu, tajdid je la… macam yang saya kuliahkan… macam yang tuan-tuan perjuangkan selama hari ini. Apa pulak nak Tajdid-tajdid Segar ke, Tajdid Bugar ke, Tajdid Hambar ke…. Ini semua mengarut. Inilah dia fitnah akhir zaman.”Bang Guru menghirup air kosong yang disediakan untuknya lalu menyambung, “Zaman sahabat ada ke pembahagian tajdid? Tapi ini bukan benda yang mengejutkan, sebab bid’ah pun mereka buat macam-macam pembahagian. Biarlaaah… setiap bidaah sesat dan setiap yang sesat akan ke neraka.”“Ha ha ha..” para peminat Bang Guru tertawa seronok mendengar hamba-hamba Allah yang sebangsa dan seagama dengan mereka, termasuklah bapa-bapa dan datuk nenek mereka dahulu akan masuk neraka.Begitulah antara aksi-aksi yang bakal muncul tidak lama lagi. Biasalah, para pejuang Tajdid Segar sememangnya melatih diri mereka untuk berpandangan jauh ke depan tanpa meninggalkan perkara-perkara berguna dari masa lalu. Seimbang begitu. Biasanya mereka sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Ini berbeza dengan mereka yang mengaku Salafi tetapi memperjuangkan Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar, fokus mereka lebih banyak melihat ke belakang daripada ke depan. Mereka mahu umat Islam terus mundur ke belakang dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perbalahan masa silam dan membawanya ke masa akan datang.Ibarat orang memandu kereta, pandangan banyak ke hadapan, sesekali melihat ke belakang melalui cermin sisi. Dalam pada itu, pedal (Al Quran) dan stereng (as-Sunnah) masih bersentuhan dengan diri. Begitulah pemandu kereta Tajdid Segar.Tapi bagi golongan Salafi Lapok atau Salafi Hambar, sambil memandu mata lebih banyak melihat ke belakang melalui cermin. Akhirnya pedal tersilap tekan dan stereng terubah haluan lalu terlibat dengan kemalangan. Dalam pelumbaan, asyik tewas dengan lawan-lawannya (musuh-musuh Islam).Lawan-lawannya dalam kereta-kereta lain (musuh-musuh Islam) memang seronok berlumba dengan pemandu kereta Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar sebab mereka tahu… pemandu jenis ini akan lebih banyak melihat ke belakang daripada melihat ke depan. Tapi kalau dengan pemandu kereta Tajdid Segar, mereka cukup gerun.Sungguhpun para pemandu Tajdid Segar dan Tajdid Lapok berada dalam satu pasukan (macam McLaren Honda) iaitu pasukan McSalam (agama Islam), tapi para pemandu Tajdid Hambar sangat susah mahu mewujudkan semangat berpasukan dan semangat kekitaan. Mereka asyik pertikaikan sesama ahli pasukan McSalam terutamanya kepada para pemandu Tajdid Segar- siapa lebih hebat, siapa lebih betul, siapa paling tulen (paling salaf) dan pelbagai lagi isu-isu yang membuahkan perbalahan. Bahkan sesama pemandu Tajdid Hambar pun wujud lima enam klik yang saling sesat-menyesat antara satu sama lain.Yang hairannya, dua pasukan yang saling bermusuhan sampai berbunuh-bunuhan iaitu pasukan McChrist (Kristian) dan McJew (Yahudi) boleh pula bekerjasama dalam mengalahkan kereta-kereta pasukan McSalam.Sebab itulah, dalam mana-mana litar pelumbaan pun baik di Suzuka, Jepun (ekonomi), Sepang (budaya), di Eropah (teknologi) dan lain-lain sentiasa saja dimenangi oleh pelumba-pelumba pasukan McChrist ataupun McJew. Pelumba-pelumba McSalam… sejak ujian masa lagi sudah menempah petak-petak terakhir.Namun para pemandu Tajdid Segar tetap berusaha mewujudkan perpaduan dan sedia bertolak-ansur sesama sendiri walaupun berbeza pembawaan. Ini kerana mereka datang dari tempat-tempat yang berlainan. Ada yang dari Desa Naqsyabandiah, ada yang dari Kampung Tabligh, ada dari Bandaraya Ikhwanul Muslimin, dari Taman Hizbut-Tahrir, dari Bandar Hamas, Rumah Murah Ahmadiah, Pos ABIM, Tebok JIM, Sungai ISMA, Changkat Parti Islam, Kuala Qadiriah, Batu 16 Syaziliah dan lain-lain.Untuk mewujudkan perpaduan, mereka menumpukan usaha dalam hal-hal yang disepakati. Hal-hal yang dikhilafkan mereka berusaha menghindarkannya, tapi jika ada lebihan masa dan keadaannya sesuai, mereka tetap bertukar-tukar fikiran dalam suasana damai.Sebelum ini, para pelumba kereta Tajdid Segar belum benar-benar bersatu. Merekan menentang cara para pemandu Tajdid Hambar secara sendiri-sendiri. Sebenarnya mereka telahpun memperjuangkan idea-idea Tajdid Segar, cuma belum dicetuskan secara global. Kini, dengan adanya inisiatif golongan muda dalam pasukan Tajdid Segar, idea-idea Tajdid Segar sudah berdiri sebagai satu ilmu dan bersifat global.Fenomena ini amat menggemparkan pasukan-pasukan yang anti-McSalam terutamanya McChrist dan McJew. Belum pernah mereka melihat pasukan McSalam yang bersatu sebagaimana yang dibuat oleh para pemandu kereta Tajdid Segar. Di mata mereka sudah terbayang kekalahan. Zaman kegemilangan pasukan McSalam ketika diterajui oleh pemandu lagenda Muhammad bin Abdullah dulu dirasakan akan berulang kembali.Tapi… rupa-rupanya barisan pemandu Tajdid Hambar lebih ketakutan! Sebahagian pemandu mereka sudah berpaling tadah menyertai barisan Tajdid Segar. Sebahagian lagi masih bersama Tajdid Hambar namun sudah tidak melaksanakan kesemua idea-idea Tajdid Hambar. Yang benar-benar perjuangkan idea-idea Tajdid Hambar kini hanyalah golongan mereka yang baru menceburkan diri dalam sukan lumba kereta (dunia agama) yang kebanyakannya berusia belasan tahun dan dua puluhan, masih berhingus dan menyokong tanpa ilmu lumba kereta yang memadai. Mereka taqlid buta kepada syarahan-syarahan dan artikel-artikel tokoh-tokoh pelumba Tajdid Hambar. Satu lagi golongan yang masih banyak dalam barisan pelumba Tajdid Hambar ialah mereka yang sudah ada nama, ataupun sudah ada pangkat ataupun yang ada kepentingan maruah dan periuk nasi saja lagi. Nampaknya, era pasukan Tajdid Hambar sudah sampai ke penghujung, senasib dengan era pasukan McChrist dan McJew.Kepada para pelumba baru ataupun pelumba lama yang ingin aktif kembali, kami menawarkan tempat untuk anda dalam kumpulan Tajdid Segar di bawah naungan pasukan McSalam. Idea-idea kejayaan berada di tangan kami dengan izin Allah. Bahkan sejak dahulu kami masih menjadi “pelumba pertama” untuk pasukan McSalam, maka jentera kami adalah yang terbaik daripada jurutera dan mekanik pasukan McSalam.Anda, wahai pelumba pada jalan Allah… pasukan manakah yang anda pilih? Tajdid Segar atau Tajdid Hambar?Jawapan: ……………………………………..Oleh: Alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=130&mode=&order=0&thold=0
Sekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK OLEH SALAFI LAPOKPemahaman tentang pandangan-pandangan Dr. Yusuf Qardhawi akan mencapai tahap maksima dengan jalan-jalan berikut, atau salah satu daripadanya. Antaranya:1. Anda menerima tarbiah Ikhwanul Muslimin dalam jangka masa tertentu2. Anda faham selok-belok Ikhwanul Muslimin walaupun anda tidak menerima tarbiah Ikhwan3. Anda mendengar/ melihat kuliah-kuliah Ikhwan, bukan kuliah umum4. Anda diberi ilmu terus oleh Allah ke dalam dada andaSekiranya kita hanya membaca buku-buku Qardhawi atau mendengar ceramahnya, pemahaman kita biasanya tidak akan sampai ke tahap maksima, percayalah. Dalam beberapa perkara kita akan meyakini apa yang tidak dimaksudkan oleh Qardhawi.Namun hari ini banyak pula manusia yang hanya dengan membaca tulisan beliau dan mendengar/ menonton ceramah beliau mendakwa membawa manhaj Qardhawi. Kemudian disebarkan pula kepada orang awam dengan menjual nama Qardhawi. Mereka menisbahkan Qardhawi kepada diri dan kumpulan mereka. Inilah yang berlaku kepada para pendakwah Tajdid Lapok atau Salafi Lapok.Bagi yang tahu, ini amat melucukan.Dalam bukunya bertajuk DI MANA PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MASAKINI, Qardhawi menegur beberapa perkara. Salah satu perkara yang diutarakannya ialah ketidaksetujuannya tentang dakwah puak yang menisbahkan diri mereka kepada Salafi tetapi tidak bersikap sebagimana Salafussoleh. Di kebanyakan tempat mereka dikenali sebagai Wahabi. Dan kini mereka dikenali sebagai Salafi Lapok yang berbeza dengan kita Salafi Segar.Untuk emmahami perbezaan Salfi lapok dengan Salafi Segar, sila rujuk artikel bahagian pertama di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0Bertajuk DAKWAH TAJDID SEBENARBerikut adalah beberapa petikan tulisan Qardhawi yang menyentuh dakwah Salafi Lapok (Tajdid Lapok)“Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru.”
“Amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat.”
“Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun.”
“Memang ramai ulama’ yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang membonceng kenderaan pemerintah dan menjadikan ilmu sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.”
“Salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.”
“Kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:
1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang disepakati”Apa yang dinyatakan oleh Qardhawi ini umumnya sangat bersesuaian dengan dakwah Tajdid Segar oleh Salafi Segar, dan dalam masa yang sama menolak dakwah Tajdid Lapok oleh Salafi Lapok yang sebelum ini dikenali sebagai Salafi Wahabi. Kalau di negara ini mereka lebih dikenali sebagai Wahabi sahaja.oleh: alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article122.html&mode=&order=0&thold=0
DAKWAH TAJDID SEBENARBeberapa forum, laman dan blog mendakwa memperjuangkan tajdid dalam agama. Namun apabila kita mengembara ke dalam ruangan mereka, kita akan tertanya-tanya- apa benda yang didakwa tajdid dalam laman ini? Umumnya yang nampak hanyalah dakwah lama yang sudah tidak layak dipanggil tajdid lagi. Sebab itu ada pihak mengatakan , “Ini bukan dakwah tajdid, tapi dakwah takjadi.”Kata-kata ini ada benarnya juga walaupun nampak macam tuannya hendak berkelakar atau menyindir. Ini kerana apa yang diperjuangkan oleh pihak-pihak itu ternyata benda-benda lapok lagi sudah basi. Itupun dinamakan tajdid? Yang kita tahu, tajdid benda baru. Yang mereka bawa tidak lain dakwah perpecahan umat masakini. Dakwah ini sudah lama berlalu. Ia sudah “out of date” pada zaman ini.Antara isu yang didakwa sebagai tajdid ialah menghukum berdosa (melalui kata kunci “bidaah”) majlis tahlil, sambut Maulidurrasul, dunia kesufian, Sifat 20, takwil dan banyak lagi. Inikah tajdid? Dicetuskan ratusan tahun lalu pun tajdid juga? Nyata mereka ketinggalan zaman. Dakwah tajdid ini kalau manusia sudah terlalu tua usianya. Untuk memudahkan pemahaman, selepas ini saya akan menamakannya “Tajdid Lapok”. Tajdid Lapok ini sudah tidak layak disebut tajdid, tapi tak apalah. Kira tajdid jugalah agar golongan yang memperjuangkannya tidak terlalu kecil hati.Yang hendak kita promosikan sekarang bukan Tajdid Lapok tapi Tadjid Segar dalam agama. Apakah Tajdid Segar? Ia adalah dakwah tajdid yang relevan dengan kurun ini, sedangkan dakwah Tajdid Lapok sepatutnya disimpan dalam muzium sahaja. Ada banyak perkara, tapi sebahagiannya tidak dinyatakan di sini kerana belum sampai masa untuk umat menerimanya. Biar lambat asal selamat.Kita bentangkan dalam bentuk perbandingan agar pemahaman pembaca di tahap maksima.TAJDID LAPOKApabila terjumpa orang, dia akan melihat apa perbezaan fahaman antara dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya perbezaan ini adalah lebih penting daripada mencari persamaan. Tajdid Lama ini banyak membawa kerosakan dan perpecahan umat. Ia juga disokong oleh musuh-musuh Islam kerana membantu mereka mewujudkan perpecahan umat Islam.TAJDID SEGARApabila terjumpa orang, dia akan melihat apa persamaan fahaman dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya mencari persamaan adalah lebih penting daripada mencari perbezaan fahaman. Tajdid Segar ini sangat berkesan untuk membawa perpaduan. Ia sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam.TAJDID LAPOKUmumnya tidak menyokong gerakan-gerakan Islam yang ada seperti jemaah-jemaah sufi, parti-parti politik Islam, Ikhwanul Muslimin, jemaah Tabligh, Hizbut Tahrir, ABIM, JIM, ISMA dan lain-lain. Bagi mereka gerakan-gerakan ini hanya memecah-belahkan umat Islam menjadi 73 golongan sedangkan yang selamat hanyalah satu golongan sahaja iaitu mereka sendiri. Ada juga segelintir yang simpati dengan gerakan-gerakan Islam tapi mereka tetap tidak menjadi aktivisnya. Kalau jadi ahli pun sekadar ada nama sahaja. Nak kata digalakkan menyertai pun tidak, paling kuat kata harus saja. Mereka lebih utamakan perjuangan Tajdid Lapok. Kebanyakannya menghukum berdosa (melalui kata kunci bidaah) malah tidak akan selamat di akhirat ke atas semua gerakan Islam itu. Tajdid jenis ini memang menjadi kesukaan musuh-musuh Islam.TAJDID BARUMenggalakkan perkembangan jemaah-jemah Islam yang ada. Walaupun berbeza pasukan namun saling hormat-menghormati dan meraikan. Malah dari hari ke hari mereka berusaha mencari keselesaan untuk berjuang bersama. Pandang global, bergerak sebagai satu umat. Tajdid Segar ini amat digeruni musuh.TAJDID LAPOKMenghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan isu-isu khilaf. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Tajdid Lapok ini direstui penuh musuh-musuh Islam. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama sentiasa dalam keadaan bertelingkah. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.TAJDID SEGARMengutamakan isu-isu utama. Isu khilaf tidak ditinggalkan tetapi bukan menjadi agenda utama. Jika ada keluangan masa dalam memperjuangkan isu-isu utama, barulah dibuka isu-isu khilaf. Ini kerana telah terbukti bahawa isu-isu khilaf telah dibincangkan abad-berabad dan keputusannya, masih juga khilaf. Masa berabad-abad itu berlalu begitu sahaja tetapi keputusannya tetap sama. Ini membazir masa namanya. Kerja membazir ini sangat disukai Iblis dan syaitan. Jadi Tajdid Segar meletakkan perkara-perkara khilaf ke samping. Musuh-musuh Islam memang sakit hati dengan Tajdid Segar ini kerana umat Islam tidak ada masa untuk berbalah tetapi ada banyak masa untuk berhadapan dengan mereka.TAJDID LAPOKBiasanya menyebarkan perkara dusta dalam masalah “takwil, tak takwil”. Mereka umumkan “Salaf tak takwil, khalaf takwil”. Pembahagian ini kalau tidak disertai huraian sebagimana yang akan dinyatakan di bawah nanti, jelas satu pembohongan. Ini seolah-olah menggambarakn seluruh Salaf tak takwil dan seluruh khalaf takwil. Padahal pembahagian sebenarnya begini:Salaf terbahagi kepada beberapa kelompok, bukannya satu kelompok sahaja sebagaimana pembohongan pembawa Tajdid Lama. Sekurang-kurangnya ada kelompok yang:1. tidak takwil tapi tidak dijumpai bukti dia menegah takwil2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil3. tidak takwil dan dia menegah takwil (yang ini saya perlu kaji lagi)4. tidak diketahui pun sama ada dia takwil ataupun tidak, dan sama ada dia menegah takwil ataupun tidakKhalaf pula sekurang-kurangnya terbahagi kepada kelompok yang:1. takwil2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil3. tidak takwil dan dia menegah takwil (ini golongan penjuang Tajdid Lama)4. tidak takwil tapi tidak menegah takwil5. boleh takwil dan boleh tidak takwil.Jadi pembohongan yang mengatakan “Salaf tak takwil, khalaf takwil” sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan. Mereka mahu umat Islam seboleh-bolehnya percaya bahawa 100% salaf tak takwil. Padahal Imam Ahmad sendiri mentakwil hadis Nabi:“Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi.”(Al Hakim)‘Hati orang beriman antara dua jari-jemari Ar-Rahman.”(Muslim)“Aku dapat rasakan nafas Ar-Rahman dari sebelah Yaman.”(Ahmad)SUMBER: Majmuk Rasail Hasan al-Banna.Kata al-Banna:“Sebagaimana yang anda tahu, masalah yang dibincangkan sedikti sahaja dan membabitkan masalah yang mana SEBAHAGIAN ULAMA SALAF SENDIRI ADA MEMBUAT PENTAKWILAN.”Jelas bagai matahari di tengah hari yang cerah- dakwah “Salaf tak takwil, khalaf takwil” oleh penggerak Tajdid Lapok adalah penipuan terhormat. Kalau mereka jujur, pastinya mereka akan berkata “Salaf ada yang takwil dan tak takwil, khalaf pun begitu juga”.Mengapa dakwah mereka begitu? Mudah saja. Tentulah dengan tujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam agar tidak berani takwil kerana kononnya bertentangan dengan Salafussoleh, bertentangan dengan Sunnah dan bertentangan dengan Islam. Maka umat Islam yang jahil dalam hal inipun akan bersama-sama mereka menghentam ulama-ulama khalaf yang takwil.Musuh-musuh Islam tersenyum lebar. Teruskan… teruskan…. kata mereka sambil bertepuk tangan.TAJDID SEGARKita sebarkan “Salaf banyak tak takwil tapi ada yang takwil, khalaf banyak yang takwil tapi ada yang tak takwil dan ada yang tak mahu takwil.”-sebagai contoh. Ini boleh diperhalusi lagi.TAJDID LAPOKApa saja idea-idea yang bertentangan dengan mereka dengan kadar segera dan seboleh-bolehnya dikaitkan dengan Syiah.TAJDID SEGARIdea-idea yang bertentangan dengan idea kita akan diselidiki sedalam-dalamnya terlebih dhaulu sebelum mengaitkannya dengan Syiah atau mana-mana pihak.TAJDID LAPOKUmumnya tidak ada harapan untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati bersama Syiah. Syiah dimusuhi semaksimanya. Umumnya menolak Syiah sepenuhnya hinggakan orang Syiah juga tidak ada hati untuk bekerjasam dengan mereka.TAJDID SEGARBekerjasama dengan Syiah dalam hal-hal yang disepakati. Umumnya tokoh-tokoh ala Tajdid Segar masih diterima oleh puak Syiah.TAJDID LAPOK“Bidaah” adalah satu hukum, seolah-olah hukum dalam Islam ada wajib, sunat, harus, makruh, haram dan bidaah. Keterlangsungan bagi bidaah adalah sama dengan haram atau berdosa. Ini mutlak.TAJDID SEGAR“Bidaah” bukan hukum. Hukum ke atas bidaah dijatuhkan mengikut keadaan “bidaah” itu sendiri. Sebab itu dalam kitab-kitab kita ada menemui ayat “bidaah yang makruh”, “bidaah lagi makruh”, “bidaah yang mungkar”, “bidaah yang tidak disunatkan (bidaah yang harus) dan seumpamanya.Banyak lagi.Cukuplah setakat ini dahulu. Insyaalah idea saya dalam hal ini tidak pernah kering dengan izin Allah.Sekarang tugasan anda para pembaca.PERTAMAAnda pejuang Tajdid Segar ataupun pejuang Tajdid Lapok?Jawapan: ________________________KEDUATajdid yang disukai oleh musuh-musuh Islam ialah Tajdid _________KETIGATajdidi yang relevan untuk kurun ini adalah Tajdid __________Akhirnya, jangan malu-malu untuk mengakui anda sebagai pejuang atau penyokong Tajdid Segar. Kalau di laman mereka, mereka letakkan cogankata memperjuangkan “tajdid”, faham-fahamlah kita bahawa itu adalah Tajdid Lapok. Di laman kita juga kita boleh letakkan cogankata yang sama. Kami juga membawa tajdid. Oleh kerana perkatan “tajdid” mereka membawa maksud “Tajdid Lapok”, maka untuk membezakannya kita letakkan saja “Tajdid Segar”. Boleh juga “Tajdid Baru”, “Tajdid Sebenar”, “Tajdid Terkini”, “Tajdid Abad Ini”, “Tajdid Salaf” dan seumpamanya.Untuk mereka, saya suka melabel “Tajdid Lapok” saja. Terpulanglah untuk anda melabelnya sebagai “Tajdid Orang Tua”, “Tajdid Basi”, “Tajdid Wahabi” dan lain-lain.Diriwayatkan Sufyan ath-Thauri menegur kesalahan khalifah. Ketika dibantah khalifah dijawanya lebih kurang . “Aku mesti menegur perkara yang salah, kalau tidak… kencingu akan bertukar menjadi darah.” Dengan sebab itu dia dihukum bunuh tetapi diselamatkan Allah.Saya tidak sahkan riwayat ini sebagai sahih, cuma ingin mengambil tamsilan bahwa begitulah sikap saya dalam hal ini.Wallahulam.PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMATPosted on Friday, April 13 @ 06:04:36 EDT by alexanderwathernhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0