www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Saturday, October 27, 2007

MENJADI PENDAKWAH BERKESAN (bah. 3)



MENJADI PENDAKWAH BERKESAN (bah. 3)

oleh alexanderwathern

Apakah antara keuntungan menjadi pendakwah kepada diri sendiri, di dunia dan di akhirat? Banyak kalau hendak disenaraikan. Lagipun sudah biasa sangat disenaraikan dalam pelbagai kitab, buku, ceramah dan pelbagai media lain dengan senarai yang lebih lengkap. Namun bak kata orang- “sebagai syarat” maka kita selitkan juga beberapa di sini.

1. Menambahkan ilmu, iman dan amal.


2. Diri lebih terpelihara. Apabila menjadi pendakwah, automatik kita kena menjaga tingkah laku kita. Malulah kita kalau pendakwah sendiri pun macam orang lain juga.

3. Nilai diri kita di mata umum dan di mata para malaikat semakin naik.

4. Mendapat lebih ramai kenalan dan teman. Apa yang penting, mereka ini umumnya orang yang baik-baik. Alangkah seronoknya dapat ramai kawan yang baik-baik kan.


5. Mendapat juga tambahan orang-orang yang tidak senang dengan kita. Ini memang tidak boleh lari. Pendakwah nombor 1 iaitu Nabi Muhammad saw sendiri begitu banyak musuhnya, apatah lagi kita. Tapi kita pandang dari sudut positifnya. Bertambah lawan, maka bertambahlah kewaspadaan, semangat dan usaha kita. Kerenah mereka menjadi punca pahala kepada kita keraan usaha kita untuk menghadapi kerenah mereka akan dibeli oleh Allah dengan syurga. Apatah lagi kalau kita bersabar, pahalanya mengalir tiada titik henti. Hebatkan?


6. Di akhirat pula… tak perlulah diceritakan. Masing-masing maklumlah akan laba yang bakal diperolehi.
Apa pula antara kerugian kepada diri kita di dunia dan di akhirat jika kita tidak berdakwah?

  • Ilmu, iman dan amal sukar untuk meningkat. Biasanya ditahap yang lama juga.
  • Diri kurang terpelihara. “Aku orang biasa, bukan pendakwah. Kalau aku buat lebih kurang pun, orang tak menilai sangat.” Rasa segan silu untuk melakukan sesuatu yang makruh dan haram kurang dalam diri.
  • Nilai diri di mata umum dan para malaikat ditakuk itu jugalah, tiada peningkatan. Hormat orang kepada kita masih sama, kurang hormat orang kepada kita pun masih sama.
  • Tiada pertambahan teman-teman yang soleh. Kalau di dunia lagi sudah tidak bergaul dengan orang-orang soleh, bolehkah mudah-mudah di akhirat nanti kita berangan-angan hendak duduk bersama-sama orang yang soleh, malah dnegan para anbia dan aulia?
  • Orang yang tidak senang dengan kita, akan sentiasa ada sama ada kita berdakwah atau tidak. Sama saja.
  • Di akhirat pula, kerugiannya sangatlah besar (akan kita huraikan di bawah nanti insyaallah).
Bersambung…

Alexanderwathern

21 MAC 2007


Sumber:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=101&mode=&order=0&thold=0

No comments: