Hari ini Cempaka telah berkunjung ke salah sebuah pasaraya terkemuka di negara kita. Banyak juga barang yang Cempaka beli. Kebetulan pula, barang yang Cempaka senaraikan memang ‘harga rendah’ daripada sebelum ini.
Nak dijadikan cerita…cempaka pergi ke bahagian barang-barang basah. Niatnya memang nak beli cili merah. Apabila tiba di rak itu…ada seorang pakcik sedang asyik memilih cili merah. Cempaka pun terus memilih dan meletakkan cili merah ke dalam plastik.
Seterusnya, Cempaka membawa cili tadi ke kaunter untuk ditimbang. Rupa-rupanya pakcik tadi telah sampai dahulu. Secara kebetulan..mesin untuk timbang barang telah rosak secara tiba-tiba. Jadi…cempaka dan pakcik tadi diarahkan ke kaunter penimbang lain.
Apabila tiba di kaunter lain, pakcik tadi memberi barang-barangnya untuk ditimbang. Alangkah terkejutnya Cempaka…rupa-rupanya pakcik yang asyik dok memilih cili tadi membeli hanya satu biji cili merah sahaja. Padahal memang lama pakcik tadi dok sama-sama memilih cili dengan Cempaka. Penjaga bahagian timbang barang itu mukanya agak berubah kerana mungkin terkejut juga dengan tingkahlaku pakcik tadi. Dia memandang muka Cempaka sambil tersenyum. Maklumlah…kebiasaannya jarang orang beli cili merah dengan kuantiti sedemikian.
Itulah sahaja cerita yang hendak cempaka kongsikan. Kisah ini memang Cempaka tak dapat nak lupakan...ia menjadi kenangan yang agak melucukan.
No comments:
Post a Comment