www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Wednesday, October 24, 2007

Menyedari Setiap Tanggungjawab



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan dengan rakyatnya."

(Bukhari & Muslim)

Bertudung atau hanya tahu bercakap?



Bertudung atau hanya tahu bercakap?

Posted on Wednesday, October 24 @ 08:16:06 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Izo

"Keratan artikel ini adalah respon seorang YB terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerjanya bertudung. Dan juga masalah tidak diterima bekerja kerana bertudung.

Baru-baru ini Mastika telah dihubungi oleh pejabat Ahli Parlimen Ampang, Yang Berhormat Dr. Rozaidah Talib untuk menyatakan sokongan ahli politik itu terhadap isu tudung yang didedahkan dalam Mastika September dan Oktober. Susulan itu, kami telah mengadakan pertemuan khas dengan Dr. Rozaidah. Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan rasa bangganya kerana Mastika berani mendedahkan suatu isu yang serius tetapi tidak diketahui oleh media-media lain.

"Saya nak bagi amaran kepada mana-mana syarikat yang mengenakan syarat supaya membuka tudung masa bekerja, ini adalah satu diskriminasi dan saya sebagai Pengerusi Hak Asasi Wanita Gender Fokus di Parlimen, menentang keras diskriminasi yang berlaku terhadap wanita Muslim yang bertudung!" tegas Rozaidah.

Beliau benar-benar terkejut apabila membaca pendedahan Mastika itu. "Bertudung adalah hak asasi bagi seseorang individu. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membuka tudung biarpun apa alasannya. Saya akan membangkitkan perkara ini di Parlimen. Sudah 50 tahun kita merdeka tidak sepatutnya berlaku di negara ini," tegas beliau.

Rozaidah mahu supaya majikan-majikan terbabit dikenakan tindakan tegas. Lebih mengecewakan apabila mendapat maklumat diskriminasi itu telah lama berlaku di negara ini. Amaran itu turut beliau nyatakan ketika dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 pada 7 September lalu.

-petikan daripada majalah Mastika-

Note: Nak perjuangkan hak wanita bertudung camner kalau diri sendiri dah tak bertudung. Satu lagi bertudung tu bukan saja hak asasi, tetapi KEWAJIPAN bagi seorang Muslim.

Sumber:
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4256&mode=thread&order=0&thold=0

MENJADI PENDAKWAH BERKESAN (Bhgn 1)



MENJADI PENDAKWAH BERKESAN

oleh Alexanderwathern


Sekurang-kurangnya ada 5 jenis manusia yang bersangkut-paut dengan dakwah:

1. Suka juga menjadi pendakwah. Jika ada peluang akan dicuba-cubanya mencari ruang untuk berdakwah. Baginya kalau tidak berdakwah memang akan mengalami kerugian, cuma dia tidaklah memandang kerugian itu terlalu besar.


2. Sangat berminat menjadi pendakwah. Pantang ada ruang, pasti dia akan berdakwah. Kalau tiada ruang pun, akan diusahakannya untuk mewujudkan ruang untuk berdakwah. Baginya kalau tidak berdakwah, kehidupan seperti sia-sia- tiada roh.


3. Tidak berminat untuk menjadi pendakwah, tapi mengakui kelebihan-kelebihan berdakwah. Kalau diajak-ajak, dia mahu juga ikut berdakwah walaupun dia tidak berusaha untuk memajukan dirinya dalam dakwah. Baginya kalau tidak berdakwah pun, tidaklah berasa rugi. Asal segala amalan wajib beres, sudah mencukupi.


4. Tidak pernah terfikir pun untuk menjadi pendakwah. Jenis ini berasa selesa dengan kehidupan yang dilalui. Baginya kalau tidak berdakwah,dia tidak akan kerugian apa-apa. Malah kalau melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, akan mengalami kerugian pula terutamanya dari segi masa. Di samping itu dia akan kerugian tenaga dan wang ringgit.


5. Membenci dakwah. Baginya setiap manusia hanya perlu menguruskan agama diri mereka masing-masing. Dalam hal agama, kita jangan sibuk urusan agama orang lain dan orang lain pun jangan sibuk urusan agama kita. Para pendakwah kerjanya tidak lain mengganggu ketenteraman orang.


Bersambung…


Alexanderwathern
21 MAC 2007

Sumber:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=99&mode=&order=0&thold=0

AURAT WANITA (Bhgn 1)



KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA


  • Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu Allah S.W.T. memerintahkan wanita muslimah supaya memakai tudung dan memakai pakaian yang menutupi seluruh badan.

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)



Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


  • Wanita yang tidak memperlihatkan kecantikan dan perhiasannya ialah wanita yang memakai pakaian yang sesuai dengan pakaian Islam. Antara garis panduan tentang pakaian yang digariskan oleh Islam adalah:

1.Pakaian yang menutupi semua tubuh kecuali anggota tubuh yang dikecualikan Al-Quran dalam firman Allah:

“…..kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (Al-Nur:31)

  • Ayat ini membawa maksud anggota yang biasa nampak iaitu muka dan telapak tangan.

2.Pakaian yang tebal dan tidak mengambarkan bentuk tubuh.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Muslim)

  • Berpakaian tetapi telanjang bermaksud pakaian yang tidak menutupi seluruh tubuh sehingga menampakkan sifat-sifat kulit kerana tipis dan sempitnya pakaian itu.
  • Beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Aisyah dengan berpakaian yang sangat tipis. Kemudian Aisyah berkata: “Jika kamu betul-betul wanita mukminah, kamu tidak memakai pakaian seperti ini.”Ada pula seorang wanita yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat tipis, maka Aisyah berkata kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti tidak beriman dengan surah An-Nur.
  • Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Abu Daud)

3.Pakaian yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah.

  • Walaupun pakaian itu tidak tipis tetapi ia menggambarkan bentuk-bentuk tubuh sehingga mengundang syahwat memang tidak dibenarkan oleh Islam.

4.Pakaian yang menyerupai lelaki bagi wanita dan sebaliknya.

Dari Ibnu Abbas (r.a) yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan
perempuan yang menyerupai lelaki.”

(Bukhari)

Dari Abu Hurairah yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”
(Abu Daud)

Tuesday, October 2, 2007

KELEBIHAN BERPUASA


Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum.

(Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA


Dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. keduanya menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah mendapati fajar, sedangkan baginda dalam keadaan junub. Kemudian beliau mandi dan terus puasa.

(Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA


Dari Anas r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sahurlah kamu kerana di dalam sahur itu terdapat berkat.”

(Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA



Dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:


“Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.”

(Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA



Dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:


"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu syurga."

(Bukhari)

Saturday, August 4, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala."

( Bukhari & Muslim )

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH


Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik

(At-tirmidzi)

KELEBIHAN SOLAT DHUHA


Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Siapa yang istiqamah bersembahyang sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walaupun sebanyak buih di lautan.”

(at-Tirmizi)

Friday, July 20, 2007

JANGAN BERKELIARAN PADA WAKTU MAGHRIB


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Tahan dan kawallah anak-anak kamu daripada bekeliaran pada waktu maghrib, kerana ketika itu syaitan berkeliaran dan menyambar (menggoda).”

(Bukhari, Muslim dll)

KELEBIHAN BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN


Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda :


"Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad."

( Bukhari, at-Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah )

Monday, June 25, 2007

KELEBIHAN BERSOLAT JUMAAT




Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Siapa yang berpagi-pagi mandi pada hari Jumaat dan pergi lebih awal (orang pertama) daripada orang lain ke masjid, maka pahalanya seolah-olah ia berkorban seekor unta. Jika ia pergi sebagai orang yang kedua, maka pahalanya sebagai pahala ia berkorban seekor lembu. Jika ia pergi sebagai orang ketiga, maka pahalanya bagai orang berkorban seekor kambing. Jika ia pergi sebagai orang keempat, maka pahalanya bagai ia berkorban seekor ayam. Jika ia pergi sebagai orang kelima, maka pahalanya bagai berkorban seekor burung. Jika ia pergi sebagai orang yang keenam, maka pahalanya bagai berkorban sebiji telur.”

(Muttafaq alaih)


Hadis ini bermaksud sesungguhnya pada hari jumaat banyak fadhilatnya. Sebagai seorang mukmin ia akan ke masjid lebih awal untuk mendapatkan pahala dan fadhilat. Sesungguhnya janganlah seseorang itu melewat-lewatkan diri untuk ke masjid dan janganlah pula apabila telah sampai ke masjid melengah-lengahkan diri untuk masuk ke dalam masjid.