Ummu Habibah berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Siapa yang bersembahyang sunat sebelum dan sesudah fardhu Zohor empat rakaat, Allah akan mengharamkan dirinya daripada api neraka.”
(Abu Daud dan at-Tirmizi)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Jika seseorang diantara kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada ia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak kepadanya, tidak akan memberi berkat kepadanya. Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah”.
(Muslim)
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:"Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya."
(Muslim)
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.”
( Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Malu itu sebahagian dari iman,dan iman itu di syurga, sedangkan ucapan kasar sebahagian dari sifat kasar, dan sifat kasar itu di neraka."
(at -Tirmidzi)
Dari Bilal berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Biasakanlah bersembahyang malam kerana ia sebagai tradisi orang soleh sebelum kamu, ia mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu daripada dosa, boleh menebus dosa dan menghilang serta menghapus penyakit dari badan".
(at-Tirmizi dan Ahmad)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:"Tinggalkan apa yang meragukanmu , kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan".
(at-Tirmizi)
Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi, beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :
"Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran".
(Bukhari & Muslim)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Sesungguhnya teman duduk yang baik dan teman duduk yang jahat diumpamakan seperti orang yang menjual minyak wangi dan peniup serombong api. Sama ada si pembawa minyak wangi itu memberimu atau engkau dapat membeli darinya atau dengannya kamu mendapat bau wangi yang menyenangkan. Dan si peniup serombong api, jika ia tidak membakar bajumu dengannya kamu mendapat bau yang busuk”.
(Muttafaq alaih)Sesungguhnya kita perlu sentiasa mengetahui bahawa teman untuk kita berkawan terdiri dari dua golongan iaitu teman yang baik dan teman yang jahat. Oleh itu wanita dan lelaki yang baik akan selalu bergaul dengan orang-orang yang baik kerana dia akan menyedari bahawa bergaul dengan teman yang jahat, berkemungkinan lambat laun akan terpengaruh kepada dirinya dan akan membawa dirinya kepada kebinasaan.Wallahualam
Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata :Rasulullah S.A.W. bersabda :Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
(Bukhari & Muslim )

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)'Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya…’Seorang wanita Islam yang memakai tudung mesti melabuhkan tudungnya dengan melepasi bahagian dada kerana bahagian dada wajib ditutup......Tidak boleh memakai tudung yang pendek ataupun diikat ke belakang sehingga menampakkan dada, atau dengan memakai skaf sahaja.
“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kemudian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala), dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, maka Allah akan mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan”.
(Bukhari dan Muslim)
Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.
Kami menjawab :
Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
(Muslim )
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.
(Bukhari)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Sahabat yang paling baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Tetangga yang baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Tetangga yang baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap tetangganya”.
(Tirmizi)