
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Malu itu sebahagian dari iman,dan iman itu di syurga, sedangkan ucapan kasar sebahagian dari sifat kasar, dan sifat kasar itu di neraka."
(at -Tirmidzi)
Dari Bilal berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Biasakanlah bersembahyang malam kerana ia sebagai tradisi orang soleh sebelum kamu, ia mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu daripada dosa, boleh menebus dosa dan menghilang serta menghapus penyakit dari badan".
(at-Tirmizi dan Ahmad)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:"Tinggalkan apa yang meragukanmu , kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan".
(at-Tirmizi)
Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi, beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :
"Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran".
(Bukhari & Muslim)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Sesungguhnya teman duduk yang baik dan teman duduk yang jahat diumpamakan seperti orang yang menjual minyak wangi dan peniup serombong api. Sama ada si pembawa minyak wangi itu memberimu atau engkau dapat membeli darinya atau dengannya kamu mendapat bau wangi yang menyenangkan. Dan si peniup serombong api, jika ia tidak membakar bajumu dengannya kamu mendapat bau yang busuk”.
(Muttafaq alaih)Sesungguhnya kita perlu sentiasa mengetahui bahawa teman untuk kita berkawan terdiri dari dua golongan iaitu teman yang baik dan teman yang jahat. Oleh itu wanita dan lelaki yang baik akan selalu bergaul dengan orang-orang yang baik kerana dia akan menyedari bahawa bergaul dengan teman yang jahat, berkemungkinan lambat laun akan terpengaruh kepada dirinya dan akan membawa dirinya kepada kebinasaan.Wallahualam
Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata :Rasulullah S.A.W. bersabda :Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
(Bukhari & Muslim )

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)'Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya…’Seorang wanita Islam yang memakai tudung mesti melabuhkan tudungnya dengan melepasi bahagian dada kerana bahagian dada wajib ditutup......Tidak boleh memakai tudung yang pendek ataupun diikat ke belakang sehingga menampakkan dada, atau dengan memakai skaf sahaja.
“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kemudian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala), dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, maka Allah akan mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan”.
(Bukhari dan Muslim)
Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.
Kami menjawab :
Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
(Muslim )
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.
(Bukhari)
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Sahabat yang paling baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Tetangga yang baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Tetangga yang baik pada sisi Allah ialah orang-orang yang paling baik terhadap tetangganya”.
(Tirmizi)
Cempaka nak kongsikan sedikit pandangan untuk kita sama-sama mengetahui... :Agama Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk menentukansiapa yang akan menjadi teman hidupnya. Baik dia gadis ataupun janda. Mereka mempunyai kuasa penuh untuk menerima atau menolak pinangan orang yang meminangnya.Dalam hal ini cempaka ada terjumpa beberapa potong hadis yang menyatakan hak-hak kaum wanita dalam menentukan jodohnya.Rasulullah S.A.W. bersabda:"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkan sehingga terlebih dahulu dimintakan izinnya".
Kata mereka: Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab: " Apabila ditanya dia diam sahaja".
(Bukhari dan Muslim)Dalam satu hadis lain pula diterangkan:
"Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada Rasulullah S.A.W. menceritakan bahawa bapanya akan mengahwinkannya, padahal dia tidak suka, maka Nabi menyuruh pilih kepadanya antara menerima atau menolak".
(Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)Hadis-hadis yang disebutkan diatas itu menerangkan bahawa seorang wanita bergelar janda atau anak gadis tidak boleh dikahwinkan oleh walinya tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Mereka tidak berhak sama sekali untuk melakukan kahwin paksa.Dengan demikian, maka benarlah bahawa Islam memberikan hak sepenuhnya pada kaum wanitadalam menentukan teman hidupnya. Antara tujuannya adalah supaya mereka dapat membina rumahtangga yang aman dan damai di bawah lindungan Allah S.W.T.Wallahualam.
Hikmah berbuat baik cukup banyak dan merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang tidak dapat dimiliki oleh kaum lelaki. Diantaranya adalah:1. Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa 2 rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya bersolat, mendengar bacaan-bacaan solat serta ikut sujud bersama.2. Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari.
Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah S.W.T.3. Wanita yang melahirkan anak.Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. Oleh itu Rasulullah mengalakkan wanita supaya memperbanyakkan zuriat.4. Wanita yang meninggal dunia .Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia akan dikira sebagai mati syahid5. Wanita yang memberi susu kepada anaknya.Wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikan. Wanita yang memberi susu kepada anaknya yang menangis pula Allah akan memberi pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Sekiranya wanita itu menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.6. Wanita yang melayan kerenah anaknya di waktu malam.Wanita yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya”.
(Bukhari dan Muslim)
Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Al- Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.
( Muslim )